SPECIAL ADS

20 September 2013

Lagi projek mengayakan orang Melayu

21 Sep : Lagi satu projek untuk memperdayakan orang Melayu. Lagi satu projek mengayakan kumpulan Melayu istimewa.
Semua rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu mesti waspada dengan pengistiharan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Jangan kita suka sangat dengan pengisytiharan jumlah wang yang akan mendanai projek ini dan berasa terlalu gembira. Tidak mustahil ia akan menjadi lagi satu skim mencepatkayakan kontraktor dan pembuat keputusan dan penentuan. Kalau kita alpa, ia akan menjadi DEB (1970-1990) dan perancangan lain pasca DEB.
Sedap didengar tapi siapa yang hendak diperkasakan? Tidak cukupkah Giat Mara, IKBN dan pusat latihan membeli alatan untuk melatih budak Melayu? Apa yang mereka buat untuk menjustifisaksikan pembinaan dan pembelian alatan yang menelan belanja ratusan juta dan mengayakan kontraktor Umno? IKBN umpamanya, berkos RM100-150juta setiap satu dan kita mahu bina banyak lagi? Berapa ramai graduan yang sudah dilahirkan oleh IKBN dan institut kemahiran lain di seluruh negara dan adakah mereka dibantu mendapat kerja dan perniagaan?
Adakah latihan melalui giat Mara, IKBN dan sekolah serta kolej vokasional tidak mencukupi untuk melahirkan jenerasi Melayu yang mempunyai kemahiran yang marketable? Setelah puluhan tahun baru kita sedar kita seperti kilang mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti atau barangan yang tidak  menepati citarasa dan permintaan pasaran.
Kita tumpukan perhatian kepada 20% yang teratas untuk masuk IPTA, IPTS, hantar pelajar keluar negara, yang lebih credik dan pandai, kita lupakan 80% yang terbawah. Kerana kesilapan kita yang lalu, kita sekarang mempunyai suatu alasan untuk membuat projek dan menggembirakan hati orang Melayu? Selagi orang Melayu gembira, kita boleh buat wang atas nama bangsa, agama dan negara. Hebat strategi Umno.
Namun, kita tidak menentang idea bahawa kemajuan bangsa Melayu memerlukan latihan dan kelayakan dan kemahiran. Ianya penting untuk membentuk sistem ganjaran yang betul. Seseorang mendapat ganjaran mengikut kelayakan yang dia ada dan tawarkan. Dan saya menggunakan istilah kelayakan dalam pengertian yang luas; kita mendapat ganjaran mengikut bagaimana kita melayakkan diri mendapatkannya iatu berkerja kuat dan melengkapkan diri dengan bakat, kemahiran, latihan yang setimpal.
Tapi kenalah kita melakukan sedikit perubahan. Pertama tamatkan monopoli kerajaan pusat menentukan isian reskilling dan retraining. Berikan kuasa itu kepada kerajaan negeri pula. Biarkan mereka menentukan kemahiran jenis apa yang mereka perlukan.
Beri kuasa kepada setiap kerajaan negeri mengujudkan pusat reskilling dan pertanggungjawabkan kerajaan negeri menghasilkan tenaga perkerja yang mahir. Kita nilai setiap kerajaan negeri dari segi kemampuan menghasilkan ramai tenaga mahir yang marketable. Bukankah tenaga perkerja yang berkualiti akan membangunkan ekonomi negeri masing-masing?
Dengan pemerkasaan datang tanggung jawab. Tenaga pengajar dan pimpinan institusi latihan yang gagal menghasilkan graduan yang marketable mesti diberhentikan. Ini untuk mempertanggunjawabkan mereka ke atas kualiti latihan yang diberi kepada pelajar.
Dalam konteks ini saya hairan mengapa pimpinan pengajar yang gagal meningkatkan ranking universiti kita masih kekal dalam jawatan masing-masing? Tenure mereka mesti ditamatkan serta merta. Tak habis-habis kita diberikan alasan itu dan ini menjustifikasikan penurunan kualiti pengajaran universiti dan kolej. VC UITM berkata dia tidak khuatir dengan kejatuhan ranking UITM- kenapa orang macam ini masih dikekalkan sebagai VC UITM?
Ingat, pembelian kerajaan adalah satu punca terbesar rasuah dan songlap. Giat Mara di Raub hanya menghasilkan tukang jahit. Kompleks sukan rakan muda di Raub terlalu teruk tidak terdaya melahirkan pemudi dan pemuda Melayu tahan lasak. Sedangkan berjuta sudah dibelanjakan.
Sebab besar kemungkinan yang akan dapat keuntungan dari projek pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini ialah kelompok Melayu istimewa. Melayu istmewa ini orang atasan, bangsawan, putera atasan dan bangsawan dan pegawai tinggi dalam sektor awam dan swasta. Pegawai GLC pun sama sebab mereka pemegang banyak keistimewaan dan monopoli.
Ia sudah terjadi dalam DEB. Tidak mustahil ianya tidak diulangi. Rasuah dan ambil kesempatan daripada kuasa menjadi-jadi.
Tidak ada pun pemimpin Umno yang bercakap mengenai punca kemajuan yang paling penting- iaitu kepimpinan yang baik. Asas atau foundation sebuah kerajaan yang baik ialah pemimpin yang ada kemampuan minda, disiplin, jujur amanah dan dedikasi dan komited sepenuhnya terhadap mencapai matlamat kemasyarakatan. Kalau jenis ini dibayar gaji yang tinggi setanding dengan diperolehi oleh sektor swasta, rasuah dapat dikurangkan. Urusan kerajaan akan jadi baik hanya dengan pimpinan yang baik. Tidak ada pun pemimpin Umno berani bercakap untuk memodenkan kepemimpinan masyarakat Melayu.
Cara masyarakat Melayu distrukturkan pun meletakkan Melayu padadisadvantage. Maka tidak menghairankan jika ada bangsa lain menyifatkan masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang dysfunctional.
Ketua kampung ramai yang bermutu rendah. Saya cakap bukan mahu merendahkan sesiapa tapi memberitahu pengamatan dan pengalaman saya yang datang daripada keinginan melihat bangsa saya maju. Soal saya beroperasi atas landasan politik bukan isu yang terlalu penting selagi saya ada peluang untuk berkhdmat kepada rakyat. Bagaimana kampung mahu disuntik dengan kesegaran dan idea baik jika ketua kampung dari kalangan jaga bank, tukang kebun sekolah, mereka yang memegang dua kerja pada masa yang sama dan sebagainya? Lebih dasyat jika ketua kampung dipilih kerana dia kaki buli dan pengacau kampung. Sebaik sahaja orang Melayu berkompromi keatas ciri-ciri kepemimpinan yang baik, masyarakat Melayu sudah pun terletak pada trajectory mediocrity.
Semasa dalam Umno dahulu saya menyarankan jawatan ketua kampung diisi dengan pegawai kerajaan sepenuh masa yang sekurang-kurang nya ada diploma. Mereka akan duduk dalam kampung dan mentadbir satu rangakaian atau ckuster  3-4 kampung. Jawatan penghulu pula dipenuhi dengan graduan kerana kita andaikan mereka ada kapasiti untuk berfikir dengan lebih teliti. Semua ketua kampung dan penghulu adalah pegawai kerajaan sepenuh masa bertanggung jawab kepada pegawai daerah. Ini akan mengurangkan politik ketua kampung dan penghulu dan menyelamatkan masyarakat Melayu daripada berpecah belah.
Tapi pemimpin Umno tidak mahu ini semua - mereka mahukan ketua kampung mereka pilih supaya menjaga kepentingan politik mereka. Demikian juga dengan jawatan penghulu.  Penghulu sebetulnya saki baki pemerintahan feudal.  Kenapa pentadbiran orang Melayu peringkat kampung dan mukim susah mahu dimodenkan? Kenapa kekalkan Melayu tinggal dalam rejim feudal dan separuh feudal?
Kerana itu saya beranggapan kuasa Umno diasaskan pada landasan (1) mengekalkan Melayu dalam kejahilan (2) mengekalkan Melayu dalam kemiskinan dan (3) merasuah dan membeli kesetiaan Melayu (4) menanamkan rasa siege atau terancam dalam minda Melayu.
Janganlah hendak nya memuji dan memuja berlebihan. Rakyat Malaysia bukannya berperang kerana wang dan kelas. Belum pun sempat dakwat kering, Perkasa sudah meminta berbilion dibelanjakan untuk Bumiputera. Dari mana wang tersebut datang? Kepada siapa dan siapa yang belanjakan? Yang  RM31 bilion itu pun entah mana akan dicungkil dan dipokah. Ia akan mematahkan tulang belakang sistem perbankan negara ini. Bagaimana pembeli membiayai ASB2? Mungkin 90% akan dibiayai oleh bank dan sistem bank akan terpaksa mencipta kredit line sebanyak RM1.8 billion lagi?
Mati negara ini ditadbir oleh Najib. Langkah populis yang Najib ambil ini akan meningkatkan lagi perbelanjaan bukan mengurangkan perbelanjaan. Untuk mengaburi mata rakyat, kita disuruh berdiskusi mengenai rasionalisasi sabsidi sedangkan punca perbelanjaan yang lebih teruk adalah di tempat lain. 
sakmongkol.blogspot.com, 

Tiada ulasan: