Tercatat dalam lipatan sejarah, Jepun pernah menyerang Malaya dan menjajah Tanah Melayu. Sejarah telah membuktikan, dalam tempoh penjajahan Jepun itu, ramai rakyat Malaya ketika itu hidup dalam kepayahan akibat penindasan pentadbiran Jepun.
Justeru, dicatatkan sesiapa yang bersekongkol dengan pentadbiran Jepun semasa pemerintahannya di Tanah Melayu ketika itu dianggap sebagai pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.
Gambar di atas yang tersimpan di muzium negara membuktikan betapa pengkhianatan nyata oleh seorang anak Melayu terhadap Tanah Melayu kerana penglibatannya secara langsung dalam latihan ketenteraan Jepun.
Ketika rakyat Tanah Melayu susah dan menderita akibat penaklukkan Jepun dan disaat rakyat marhean dan para komunis berjuang menggadai nyawa untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan tentera Jepun, pemuda bernama Abdul Razak bin Hussien, bapa kepada Najib bin Razak, dengan bangganya bersekongkol dengan tentera Jepun mengkhianati hasrat rakyat untuk memerdekakan Tanah Melayu.
"Tun Abdul Razak (Bercermin mata) Ketika memasuki latihan Tentera Jepun (Gambar dari Muzium Negara)" - (mukasurat 327, Biography of Tan Sri Samad Idris)
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan