SPECIAL ADS

19 September 2013

Cina Melayu mahu BN jalin kerjasama dengan PR - UMCEDEL

19 Sep : Majoriti masyarakat Melayu dan Cina mahu melihat pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) menjalinkan kesepakatan dengan Pakatan Rakyat (PR) selepas  pilihan raya umum baru-baru ini, menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL).
Dalam pembentangan kajian terbaru hari ini di UM (Universiti Malaya), 69% daripada keseluruhan 1,546 orang responden yang ditemui oleh pengkaji pilihan raya tersebut mahu melihat Datuk Seri Mohd Najib Razak (gambar) melibatkan PR dalam kerajaan persekutuan.
"Mereka mahu pemimpin kedua-dua belah pihak bekerja untuk membangunkan negara.
"Orang ramai dah terlalu penat, sejak menunggu tarikh pilihan raya sehinggalah selepas berakhir pilihan raya," kata pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangan hari ini.
Lebih mengejutkan, sebanyak 70% responden Melayu bersetuju dengan hasrat untuk melihat kerjasama BN dan PR, manakala 67% lain adalah kaum Cina, hasil daripada kajian yang dijalankan daripada 15 Ogos ke 10 September baru-baru ini.
Bagaimanapun, Mohammad Redzuan menekankan langkah kerjasama tersebut tidak boleh hanya terarah kepada satu parti dalam PR sahaja, sebaliknya BN perlu menjalin hubungan dengan PKR dan juga DAP. 

Tiada ulasan: