26 Sep : Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyelar program ekonomi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa dilaksanakan dengan tidak tentu arah.
Kenyataan itu antara lain mensasarkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang sering diuar-uarkan kerajaan.
Kenyataan itu antara lain mensasarkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang sering diuar-uarkan kerajaan.
Menurutnya, program yang diperkenallam pada 2010 itu tidak mendapat sokongan golongan Cina dan tidak diterima oleh golongan Melayu.
Pengasas syarikat petroleum negara Petronas dan anggota utama ada pentadbiran bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein, itu turut menyifatkan slogan “Endless Possibilities” yang dicadangkan Tengku Razaleigh, sebagai slogan yang kabur.
Turut menjadi sasarannya ialah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnya memburukkan lagi keadaan hutang negara.
Turut menjadi sasarannya ialah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnya memburukkan lagi keadaan hutang negara.
Tindakan kerajaan menyalurkan BR1M1 dan BR1M2 sebelum pilihan raya umum ke-13 menerima reaksi sinis dan merugikan dalam jangka masa panjang.
“Malah, ia menyebabkan hutang negara meningkat sekali ganda dalam tempoh tiga tahun lalu. Pada 2012, hutang negara berada pada kadar RM502 bilion dan menjelang hujung tahun ini ia dijangka mencecah RM546 bilion.
"Hutang negara tahun 2013 pastinya melampaui 55 peratus dari had siling yang ditetapkan," katanya.
"Hutang negara tahun 2013 pastinya melampaui 55 peratus dari had siling yang ditetapkan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan