SPECIAL ADS

17 September 2013

Pemerhati undang2 antarabangsa ikuti rayuan pendakwa kes Fitnah II

Mark Trowell QC
17 Sep : Pemerhati antarabangsa Mark Trowell akan hadir ke rayuan perbicaraan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didengar Mahkamah Rayuan Putrajaya dari 17 hingga 18 September.
Trowell (gambar) ialah pengerusi bersama jawatankuasa tetap undang-undang jenayah Lawasia dan berpengalaman untuk kes penting di Australia, bukan sahaja sebagai peguam bela tetapi mendakwa bagi pihak pendakwaraya.
Trowell turut tampil sebagai peguam dalam pelbagai Suruhanjaya Diraja dan inkuiri khas antaranya Suruhanjaya Jenayah Australia (ACC) dan Suruhanjaya Jenayah & Rasuah (CCC).
Sejak 2002 Trowell bertindak sebagai pemerhati antarabangsa beberapa pertubuhan termasuk Bar Association Australia, Lawasia, International Commission of Jurists, Commonwealth Lawyers Association, Union Internationale des Advocates dan Inter-Parliamentary Union (IPU).
Awal tahun ini beliau mewakili IPU di perbicaraan jenayah beberapa anggota UDD (dikenali kumpulan baju merah) yang didakwa memberontak di Thailand.
Trowell akan mewakili IPU di Geneva, pertubuhan antarabangsa parlimen mewakili lebih daripada 162 parlimen berdaulat seluruh dunia.
Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah daripada pasukan pendakwaan akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini dan esok.
Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Anwar dalam kes tersebut didengar pada tarikh sama.
Anwar dibebas dan dilepaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Januari 2012 daripada tuduhan fitnah bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiada ulasan: