15 Sep : Sebuah parti yang tidak pernah henti bercerita tentang Umnoputra. Tak pernah. Satu kisah yang selalu dijanakan oleh pembayar cukai.
Pastinya ia sering disuarakan senada dengan agenda nasional bagi memacu Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020; membantu orang Melayu mendapat peluang pekerjaan, rumah dan mengecilkan jurang demi jurang dan lain-lain.
Tidak syak lagi pihak yang akan meraikan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah menteri Kabinetnya, timbalan menteri, senator, ahli keluarga dan rakan perniagaan.
Apabila kerajaan membelanjakan wang untuk projek dan program, golongan kaya dan berkepentingan yang mendapat faedahnya. Golongan lain hanya menikmati saki-bakinya sahaja.
Dasar Ekonomi Baru melahirkan jutawan dari kalangan ahli politik Umno dan kroninya. Melalui dasar tersebut menjadikan seorang jutawan lebih kaya dan pastinya pengumuman Najib di bawah peruntukan RM9.2 bilion yang diumumkannya semalam menjadi golongan yang dikatakan tadi lebih kaya.
Betul, sebahagian orang Melayu memiliki rumah di bawah dasar kerajaan namun pinjaman tanpa faedah atau penstrukturan semula pembayaran tidak sama jika dibandingkan keuntungan ahli politik dan pemaju hartanah yang terlibat dalam projek tersebut.
Begitu juga kisahnya graduan Melayu yang gembira mendapat peluang pekerjaan setelah menghadiri kursus bahasa Inggeris namun kebahagiaan mereka diragut apabila pihak yang menganjurkan latihan dan modul menjana kekayaan dari program tersebut.
Adalah tidak tepat keputusan kerajaan menganugerahkan pengundi setianya dengan agenda Melayu baru.
Pertama, dana yang digunakan Najib dan konco-konconya dari duit pembayar cukai bukan dari dana Umno atau yuran tahunan Perkasa. Kaum Cina, India dan wang pembayar cukai lain digunakan bagi tujuan tersebut.
Kedua, pelan yang diperkenalkan untuk Bumiputera itu melihat dengan tidak tepat kaum Cina, India dan lain-lain tinggal dalam kemewahan.
Pergi sahaja ke Kampung Medan atau pinggir Kuala Lumpur, pastinya kita diperlihat dengan kaum India yang masih diselubungi kemiskinan.
Pergi juga ke Jinjang dan Salak Selatan, anda boleh melihat keluarga Cina yang berusaha keras untuk hidup.
Ketiga, ganjaran itu tidak boleh ditafsir secara mudah tetapi inilah yang dilakukan kerajaan dalam agenda baru untuk Bumiputera.
Jika kita melihat isu pasaran graduan, siapa yang mengatur sistem pendidikan? Siapa pula yang mencabut bahasa Inggeris untuk diperkenalkan di sekolah?
Siapa yang memilih jalan mudah dengan membina banyak universiti sehingga pendidikan tinggi dilihat sebagai kilang ijazah.
Dan kini selepas kesalahan demi kesalahan, kerajaan mengakui kesilapan seperti graduan menganggur lalu tidak semena-mena mendakwa telah menemui penyelesaiannya.
Tiada apa yang pelik apabila kerajaan dilihat telah menipu. Semalam aspirasi Umnoputras dilancarkan lagi dengan mengabaikan hak kaum yang lain. TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan