10 Sep : Saya sangat geli hati bila membaca kenyataan pemimpin Umno sendiri yang mengatakan rakyat sudah muak dengan Umno.
Ahli Parlimen Pulai yang juga Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan menyelar partinya sendiri sangat melucukan.
Saya tidak nafikan tidak sedikit rakyat memang sudah muak dengan Umno seperti mana dakwaan Nur Jazlan. Tapi adalah lebih baik bukan Nur Jazlan yang menyatakan begitu.
Saya bertambah-tambah lagi geli hati bila seorang lagi pemimpin Umno bersetuju dengan kenyataan Nur Jazlan.
Datuk Seri Nazri Aziz dari Menteri Pembangunan Usahawan kemudian menjadi Menteri JPM dan kini Menteri Pelancongan sepatutnya tidak membuat kenyataan menyokong Nur Jazlan dan menyelar parti sendiri juga.
Mengapa saya dan rakan-rakan geli hati bila kedua-dua pemimpin Umno ini menyelar parti mereka sendiri? Kita lihat balik rekod kedua-dua pemimpin ini.
Pernahkah Nur Jazlan membuat kenyataan menyanggah pihak yang mempertikaikan hak keistimewa orang Melayu sejak beliau berada dalam Parlimen dan menerajui Umno Bahagiannya?
Pernahkah beliau bertegang urat dengan pembangkang bila pemimpin pembangkang begitu lantang persoalkan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera?
Pernahkan beliau bertegang urat pertahankan Kalimah Allah.
Pernahkan kita dengar beliau menyanggah Dong Zong bila NGO Cina menuntut macam-macam perkara yang melampau?
Pastinya semua akan ingat kehebatan Nur Jazlan apabila beliau lebih berminat untuk bekerjasama dengan syarikat dari negara China bagi memajukan kawasan Penjara Pudu semasa beliau menjadi Pengerusi UDA yang membuatkan Perkasa dan NGO Melayu lain bising membantah.
Nazri? Siapa yang boleh lupa kemesraan beliau melayan budak biadap bernama Namewee? Jutaan umat Melayu terguris hati bila lihat Nazri boleh jemput remaja Cina yang paling kurang ajar dan biadap dalam sejarah terhadap orang Mekayu.
Siapa boleh lupa pemimpin yang benarkan seorang remaja Cina paling keji dalam sejarah negara bila menghina lagu Negaraku masuk ke bangunan Parlimen berjumpanya dengan berpakaian tidak mengikut etika pakaian pelawat? Siapa boleh lupa hal ini?
Siapa boleh lupa Nazri begitu biadap terhadap pemimpin agung yang banyak berjasa kepada negara iaitu Tun Dr Mahathir ketika belagak seperti hero pertahankan boss 'sleeping beauty' nya.
Saya dan rakan-rakan tertanya-tanya apakah kedua-dua pemimpin ini ketika buat kenyataan tersebut tidak cermin diri dahulu? Siapa-siapakah pemimpin Umno dalam fikiran Nur Jazlan dan Nazri yang menjadikan rakyat muak dengan parti keramat orang Melayu itu.
Saya rasakan dan pasti orang Melayu lain juga setuju antara sebab rakyat muak dengan Umno adalah kerana adanya dua pemimpin ini dalam barisan kepimpinan Umno.
Pada saya dan rakan-rakan, jika Umno benar mahu berubah bagi mengembalikan kenyakinan rakyat kepada Umno semula, pemimpin seperti Nur Jazlan dan Nazri ini perlulah disejarahkan mereka dari barisan pimpinan Melayu. Dan bukan mereka berdua sahaja bahkan ramai lagi patut diketepikan sahaja untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno.
Saya harap tidak ada lagi pemimpin Umno membuat kenyataan lucu seperti ini. Sakit perut saya ketawa.
Note: Ini adalah pendapat peribadi saya. Ini bukan dari pandangan Perkasa dan Kelab Chedet.Com – 10 September, 2013.
* Syed Hassan Syed Ali ialah Setiausaha Agung Perkasa Timbalan Presiden Kelab Chedet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan