SPECIAL ADS

19 September 2013

Hampir separuh daripada kerusi dipantau terbabit rasuah


19 Sep : Pemerhati pilihan raya bebas, PEMANTAU, mendakwa mereka mengesan insiden rasuah berlaku di kira-kira 45 peratus daripada kerusi yang dipantaunya dalam pilihan raya umum yang lalu.
NONE
Ketua PEMANTAU, Yasmin Masidi (kiri) sewaktu memberi keterangan di Tribunal Rakyat berkenaan PRU 13 yang dianjurkan BERSIH 2.0 hari ini berkata PEMANTAU memerhatikan 51 kerusi sewaktu tempoh berkempen dan separuh daripadanya mencatatkan insiden rasuah.

"Ini adalah angka yang sangat besar," kata Yasmin kepada tribunal itu pagi tadi.

Insiden-insiden rasuah itu menurut Yasmin melibatkan pemberian hadiah atau barang berharga daripada parti politik atau daripada jurukempen kepada pengundi-pengundi.

Lebih menarik lagi, Yasmin mendakwa pemerhati badan itu mendapat laporan daripada sekurang-kurangnya dua kerusi yang mempunyai pengundi yang diminta menandakan kertas undi dengan dakwat kekal kerana tidak diberikan pen untuk memangkah.

Tiada ulasan: