Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan hari ini berkata, tawaran jawatan terttinggi di GLC tertentu sebagai imbuhan kepada Azalina yang menarik diri dari mencabar penyandang
“Rundingan dalaman sedemikian bukan sahaja menggalakkan kronisme, tetapi terus menggalak dan memarakkan budaya buruk.
“Ini seolah-olah contoh yang boleh diibaratkan peluang kepada ahli Umno merasakan dengan mencabar untuk jawatan pucuk pimpinan, maka akan dianugerahkan jawatan tertentu,” kenyataan Zuraida dipetik.
Azalina, bekas ketua Puteri Umno, pada 10 September lalu mengesahkan menarik diri daripada pertandingan Ketua Wanita parti itu, kononnya atas faktor menerima nasihat.
“Ketika Azalina menerima saranan dari kepemimpinan partinya untuk tidak bertanding, ini menunjukkan bahawa sayap Wanita UMNO adalah pengecut dan tak berani bersuara,” kata Zuraida.
Terbaru, pada 13 September, AJK Umno Kulim Bandar Baru, Raihan Suleiman Palestin (kiri) memutuskan untuk mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno.
“Tapi, saya hairan. Ketika ahli Umno dan orang ramai menemui kaitan Shahrizat dalam skandal NFC, Najib Razak memilih untuk menyokongnya dan menaikkan personaliti skandal ini ke jawatan tertinggi,” kata Zuraida.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan