SPECIAL ADS

5 Februari 2014

Muhyiddin umum tiada kenaikan tol tahun ini

Muhyiddin berharap keputusan kerajaan berkenaan penangguhan kenaikan kadar tol dapat membantu rakyat menangani kos sara hidup. - Gambar fail.
05 Feb : Putrajaya memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi menangani kos sara hidup yang meningkat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu akan melibatkan kos sebanyak RM400 juta kepada kerajaan yang perlu dibayar sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol.
Pengumuman itu dibuat selepas Muhyiddin mempengerusikan jawatankuasa khas Kabinet untuk menangani kenaikan kos sara hidup hari ini, lapor The Star Online.
Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM120 juta kepada Fama, Nekmat dan Nafas bagi memastikan bekalan makanan mencukupi di pasaran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata tahun lepas, adalah mustahil untuk menghentikan kenaikan kadar tol pada tahun ini kerana perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya .
Beliau berkata, Putrajaya terpaksa mengeluarkan RM400 juta sebagai ganti rugi kepada pemegang konsesi tol selepas  semakan kadar tol dibekukan yang sepatutnya dilaksanakan pada 2011 mengikut  perjanjian konsesi.
Akan tetapi Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata, Putrajaya boleh menangguhkan rancangan menaikkan kadar tol kerana memiliki atau mempunyai saham besar dalam syarikat-syarikat konsesi tol yang memberikan kuasa membuat keputusan.
Menyangkal dakwaan Putrajaya yang mengatakan kenaikan itu  "tidak dapat dielakkan", Rafizi berkata langkah itu sama sekali tidak wajar sebagai pengendali tol sudah membuat keuntungan yang banyak dengan kos minimum.
"Saya berpendapat apa yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat setakat ini adalah hakikat syarikat-syarikat konsesi tol besar sebenarnya dimiliki syarikat-syarikat berkaitan kerajaan," kata Rafizi. ‎
Beliau juga menyifatkan transaksi kewangan antara Putrajaya dan syarikat konsesi tol seperti  "keluar dari poket kiri, masuk ke poket kanan" .
"Satu lagi kenyataan mengelirukan yang dibuat oleh kerajaan adalah seolah-olah sistem lebuh raya dibiayai sepenuh secara persendirian. Ia tidak benar kerana ia melibatkan banyak jaminan kerajaan," katanya.
Menurut Rafizi, Projek Lebuhraya Utara-Selatan – yang mengendalikan antara lain Lebuh Raya Utara -Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Utara dan Lebuhraya Lingkaran Tengah –  dimiliki sepenuhnya oleh dana kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP).
Cadangan kenaikan tol yang dicadangkan juga mendorong kajian Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM ) yang menunjukkan 15% daripada responden menganggarkan kenaikan 25% hingga 30% kos pengangkutan berlaku akibat cadangan kenaikan kadar tol bagi konsensi di Lembah Klang.
FMM berkata, peningkatan itu adalah daripada kenaikan caj pengangkutan oleh penyedia perkhidmatan logistik, peningkatan harga bahan mentah dan tuntutan perjalanan kakitangan pemasaran mereka yang menggunakan lebuh raya ini setiap hari.
"Kenaikan kadar tol akan menyebabkan kenaikan harga barang dan bahan mentah, seterusnya meningkatkan kos operasi pengeluar.
"Peningkatan kos operasi akhirnya akan diturunkan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut FMM, peningkatan kadar elektrik baru-baru ini, kenaikan tol yang dicadangkan pasti akan memberikan tekanan kepada inflasi, mengurangkan penggunaan domestik dan menjejaskan daya saing eksport. TMI

1 ulasan: