SPECIAL ADS

25 April 2013

Umno BN Guna Video Lucah Di Kawasan PAS

25 Apr : Kempen di Selangor mula memasuki atmosfera tidak sihat apabila VCD video lucah didakwa mula diedarkan di kawasan PAS untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka Iskandar Abdul Samad mendakwa beliau semalam menerima aduan penduduk Taman Cempaka dalam kawasannya, yang menerima VCD mengandungi adegan seks untuk memfitnah pemimpin Pakatan.

"Beliau (penduduk itu) juga memaklumkan kepada saya, dua orang lagi penduduk taman itu telah turut menerima VCD tersebut. 

"Memandangkan sekarang ini adalah tempoh berkempen untuk pilihan raya umum ke-13, VCD ini sudah tentu bertujuan untuk memburuk-burukkan Pakatan," katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Iskandar berkata beliau meminta penduduk terbabit membuat laporan polis kerana beliau bimbang gejala ini akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat, terutamanya generasi muda.

"Bayangkan apa akan terjadi jika CD itu diterima oleh pelajar-pelajar sekolah," katanya sambil menyeru semua pihak menumpukan kepada rekod perkhidmatan dan manifesto masing-masing.

Dalam pilihan raya umum lalu, Iskandar menewaskan calon BN dengan majoriti 1,048 undi. Beliau mendapat 12,528 undi manakala lawannya Nosimah Hashim mendapat 11,480 undi.

Tiada ulasan: