SPECIAL ADS

25 April 2013

Guan Eng : Pilih Yang “Original”


SEPANG 25 APRIL : Ekoran manifesto yang hampir sama ditawarkan Pakatan Rakyat (PR) dan BN bagi PRU13 ini, rakyat sewajarnya memilih PR kerana gabungan tersebut adalah penggubal sebenar manifesto tersebut.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, apa dilakukan BN hanya menciplak manifesto PR yang dikeluarkan lebih awal.
Katanya, rakyat kena bijak menilai antara kedua-duanya iaitu antara pihak yang mencipta atau pihak sekadar mengikut dan meniru.
“Manifesto PR dan BN serupa tiada beza, mana satu nak pilih? Kalau dua-dua sama, pilih yang original.
“Sekarang nak pilih kerajaan, kita tak boleh pilih kerajaan celop. Mesti pilih kerajaan original. Kena pilih PR,” katanya dalam sesi bertemu rakyat di sini hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjelaskan taktik meniru manifesto itu menjadikan BN seolah-olah ketinggalan dan hanya pandai ‘ikut dan main belakang’.
Maka dengan itu,katanya, BN sewajarnya berundur dan memberi laluan kepada PR mara ke hadapan untuk mentadbir negara.
“BN sudah tidur 55 tahun, kita bagi BN tidur selama-lamanya,” ujar penyandang kerusi Parlimen Bagan itu.
Beliau berkata, kemenangan di Sepang adalah penting bagi PR kerana kawasan itu begitu hampir dengan Putrajaya.
Tegasnya, rakyat perlu menyokong dan memastikan kemenangan itu ke arah mengambilalih pentadbiran di Putrajaya.

Tiada ulasan: