Dalam isu penurunan harga minyak, barang keperluan, pemansuhan tol dan juga PTPTN mengapa kita begitu beria2 mempertahankan dengan dalih dan alasan walhal impact tindakan tersebut memberi kelegaan dan keselesaan taraf hidup rakyat terbanyak. Kita boleh rugi ratusan juta malah berbillion dalam pelaburan2 sebelum ini (semua dah maklum) tetapi terlalu berkira apabila untuk kepentingan rakyat.
Rakyat masa kini beruntung menerima imbuhan-imbuhan menjelangnya pru13 yang tak mungkin dinikmati dalam 12 kali pru yang lalu! Perlu diingatkan rakyat kini cukup tertekan dan merana dengan bebanan kos hidup berbanding 20thn lalu (?) walhal kononnya kita juga menghampiri negara berpendapatan tinggi dan dengan pelbagai wawasan dan transformasi.
Sepatutnya isu orang kaya yang untung tak timbul bila asas yang kita letak untuk kebajikan rakyat. Kenapa nak salahkan orang kaya? Siapa sebenarnya orang kaya... apakah kaya kalau dah ada sebuah kereta dan sebuah rumah? Atau kaya bila gaji di atas rm3000 sebulan? Atau kayakah kita jika bekerja 30 tahun dengan dibelengu hutang2 sehingga selepas pencen akibat kekangan dan keperluan hidup di zaman serba maju ini.
Lebih parah bila menanggung hutang ratusan ribu pembelajaran 2-3 org anak yang berijazah tanpa kerja!! Kalau ya pun orang kaya untung... naikkan saja cukai2 korporat, cukai2 orang kaya untuk diagihkan semula secara samarata kepada yg lain. Kita tak perlu ada Ijazah Ekonomi pun nak fikir hal yang sebegini. Sampai bila kita nak menganggap rakyat hari ni masih dungu dan tak boleh berfikir.
Sama-samalah kita berharap pemimpin2 akan datang lebih proaktif dan produktif dalam memikul amanah rakyat yang memilih kita. Slogan dan kata manis saja tidak cukup... Orang kampung pun dah tahu. Moga pru13 ini akan banyak mematangkan pemimpin2 kita tanpa mengira ideologi dan politik dalam tadbir urus negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan