SPECIAL ADS

26 April 2013

Pakatan menang, PTPTN hapus

26 Apr : "Apakah perasaan anda apabila tengok perkataan pakatan rakyat menang PTPTN hapus. Sudah tentu ada yang rasa lega tetapi tak kurang juga yang tak boleh percaya.

Ibu Bapa yang anak anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA dan IPTS meminjam PTPTN pasti lega, kerana dapat ringankan satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

Cuba bayangkan mereka yang selama ini terbeban dengan pinjaman yang kena tanggung akan dihapuskan bayaranya. Lebih lebih lagi bagi mereka yang belum dapat kerja, tetap dan kena bayar pinjaman PTPTN sekarang ini.

Jika tak bayar balik pinjaman,mereka telah diberi surat akan kenakan tindakan undang undang ke mahkamah dan didakwa.

Sekarang ini seramai 80 ribu lepas IPTA menanggung beban kerana terpaksa bayar balik pinjaman miskipun belum dapat kerja.

Jadi, apabila ada tawaran pakatan rakyat menang PTPTN di hapus dan pendidikan di Negara ini adalah pendidikan percuma sepertimana janji manifesto Jingga.

Profesor Di Raja Engku Aziz pernah berkata, Cuma RM 8 bilion setahun untuk membiayai pendidikan percuma satu satu tahun.

Jika RM 8 bilion satu tahun, bermakna 4 tahun baru RM 32 bilion berbanding Najib habiskan duit rakyat dikatakan sejumlah RM 58 bilion untuk pertahankan umno/BN PRU 13.

Terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kos beli undi yang dilakukan Datuk Najib Razak sejumlah RM 58 bilion sepanjang dia jadi perdana menteri.

Jika beli undi boleh dilakukan dengan seweng wenangnya, masakan jadi beban RM 8 bilion untuk melabur dalam bidang eset Negara.(modal insan)

Kalau untuk menang piliharaya umum ke 13 kerajaan sanggup menghabiskan wang sejumlah RM 58 bilion masakan untuk pendidikan Negara tak boleh.

Mana lebih utama membeli undi atau menghabiskan wang untuk para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi."
 


Oleh: anaabdullah

Tiada ulasan: