SPECIAL ADS

26 April 2013

Najib Suka Harga Minyak Tinggi?

27 Apr : HARGA MINYAK kekal tinggi kerana tak nak untungkan orang kaya? Jikalau kita mengikut ulasan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak, nampak gayanya begitulah.

"Kita kurangkan minyak siapa untung? Orang kaya pun untung, orang kaya bawa kereta besar pun untung, pelancong pun untung, pendatang tanpa izin pun untung, pekerja asing pun untung, orang yang jual (seludup) minyak pun untung,” Najib semalam dipetik sebagai berkata.

Najib mempertahankan keputusan kerajaan BN untuk tidak menurunkan harga minyak.

Penjelasan Najib seolah-olah menunjukkan orang kaya di negara kita adalah majoriti. Dan disebabkan tidak mahu orang kaya mengambil untung, maka harga minyak dikekal tinggi.

Nanti dulu.

Bukankah baru-baru ini kerajaan mengumumkan 80% seisi rumah layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia?

Jika ramai orang kaya di negara kita, mengapa 80% seisi rumah layak menerima BR1M?

Ada benda tidak kena di situ.

Menurunkan harga minyak sememangnya akan meringankan beban 80% seisi rumah ini, yang tergolong dalam kumpulan layak menerima bantuan. Apakah 80% golongan ini tidak layak menikmati harga minyak yang lebih murah hanya semata-mata 20% golongan ini akan untung bersama apabila harga minyak turun?

Menjawab logik Najib, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man secara santai menulis di Facebook persoalan-persoalan berikut untuk direnungkan rakyat.

“Pakatan Rakyat berjanji nak kaji semula IPP yang mencekik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan rakyat - target kita tak nak kroni untung melampau - BN buat tak?

Pakatan Rakyat bantah AES. AES dikendalikan syarikat swasta yang bakal untung berbilion daripada hasil saman. BN bantah tak?

Pakatan Rakyat membongkar isu lembu NFC di mana RM250 juta duit rakyat digunakan untuk mengkayakan keluarga menteri - BN buat apa?

Pakatan Rakyat berjanji hapuskan monopoli supaya orang kaya melampau tidak boleh buat untung dari rakyat tanpa pertimbangan - BN buat tak?

Di Malaysia, ramai orang kaya ke ramai orang miskin?”

Cukuplah lima soalan daripada Tuan Ibrahim menjadi renungan. Ia cukup untuk kita menilai samada hujah Najib boleh dipakai atau tidak.

Tiada ulasan: