Apa yang pakatan rakyat tawarkan?
Macam mana 3 buah parti pembangkan yang terbesar boleh bersatu padu sebagai rakan kongsi yang sama taraf? BN adalah gabungan berbelas parti politik dengan hegemony UMNO. Janganlah rakyat hairan melihat permuafakatan dan kerjasama yang terjalin antara DAP, PAS dan PKR.
Asas permuafakatan amat mudah yakni- kesemua pati Pakatan Rakyat komited kepada menegakkan keadilan dan sebuah kerajaan yang bagus dan amanah. Tunjang pentadbiran kita adalah tata kelola , pengurusan yang telus dan pengagihan kekayaan negara yang adil dan saksama.
Kita menawarkan rakyat suatu wawasan dan masa hadapan yang lebih baik. Mereka berhak mendapat suatu masa kadapan yang di urus oleh sebuah kerajaan yang lebih baik dari kerajaan BN.
Sementara kita tawarkan rakyat sebuah kerajaan yang telus, BN amalkan pengurusan yang bersembunyi. Kenapa? Kerana BN suka rasuah dan mencuri harta kekayaan negara.
Kenapa? Kerana BN mahu jadikan jentera kerajaan sebuah alat menindas rakyat, membuli rakyat dan menjadikan jentera berkerajaan untuk menakutkan rakyat.
Sementara kita menawarkan agihan kekayaan dan menawarkan system melimpahkan kekayaan yang adil, BN dan UMNO menawarkan konsentrasi kekayaan dalam tangan kroni dan syarikat2 yang mereka kuasai. BN dan UMNO menawarkan konsentrasi kekayaan dalam suatu kumpulan yang terpilih. Orang Melayu lah yang paling tertipu sekali dengan cerita dongeng UMNO dan BN.
Ingat- setelah 55 tahun memerintah, 8.7 juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1500 kebawah dan 7.2 juta dari mereka hidup dengan pendapatan bulanan RM1200 kebawah. Apa sudah jadi kepada dasar BN?
kenapa ada 8.7 juta orang Melayu yang terpinggir? Apa erti nya kalau negara mencapai taraf ekonomi maju, sedangkan majority rakyat terpinggir.
Antara BR1M pertama dan BR1M ke2, jumlah orang yang mempunyai pendapatan RM3000 sebulan , bertambah banyak. Mustahil dalam masa yang sebegitu singkat, jumlah orang miskin bertambah? BR1M pertama diberi kepada 4 juta orang, BR1M kedua, di beri kepada 7 juta orang? Dari 4 juta bertambah kepada 7 juta maka jumlah nya 11 juta orang?
Apa yang Pakatan Rakyat tawarkan?
Kita menawarkan suatu masa hadapan dengan sebuah kerajaan yang ditadbir secara amanah, kemakmuran tidak dikonsentrasi dalam tangan kumpulan yang kecil dan masyarakat pula masyarakat sebuah masyarakat yang bermaruah. Masyarakat bermaruah adalah sebuah masyarakat yang yakin dengan asal-usulnya, berpegang dengan prinsip agama dan nilai sejagat yang membela yang benar dan menentang yang zalim, saling percaya akan hubungan persaudaraan setiap insan, gigih berusaha memperbaiki diri, yang kuat membantu yang lemah tiada yang terpinggir, berlumba-lumba mengagungkan budaya ilmu dan istiqamah pada usaha amar ma’aruf nahi munkar.
Kita tawarkan sebuah kerajaan yang membudayakan amanah di dalam pentadbiran, BN menawarkan pengurusan negara dengan budaya rasuah. Setiap projek yang diumumkan, adalah alasan2 untuk membalun harta dan kekayaan negara melalui komisyen, melalui menggandakan harga , melalui pencurian terbuka.
Kita menawarkan sebuah negara dengan pemilikan rumah oleh rakyat. Maka negara kita akan menjadi suatu house-owning democracy. Setiap rakyat mesti boleh mendapatkan rumah kediaman yang mampu dibeli supaya setiap rakyat akan merasakan meraka semua stakeholder atau pemegang kepentingan dalam negara yang satu. Barulah kita boleh melahirkan sebuah negara yang bersatu padu dan setiap rakyat akan merasakan perlu menjaga negara ini dengan baik.
Dalam kata lain, Pakatan Rakyat menawarkan suatu wawsan yang menobatkan rakyat sebagai tuan tanah air pusaka ini.
Itulah kenapa Manifesto Rakyat oleh Pakatan Rakyat lebih hebat dan baik dari apa yang BN tawarkan. Kita tawarkan:-
1. Rakyat Bersaudara,
2. Ekonomi Rakyat,
3. Kesejahteraan Rakyat
4. Kerajaan Rakyat
Manifesto Rakyat menggariskan program dan dasar khusus yang akan dilaksanakan Pakatan Rakyat di tampuk pemerintahan Putrajaya kelak. Manifesto Rakyat melakarkan masa depan yang lebih cerah, penuh dengan harapan dan aspirasi rakyat. Manifesto Rakyat adalah cernaan dan hasil rundingan dengan segenap lapisan masyarakat.
Kita yakin Malaysia berhak melakar masa depan yang lebih baik. Kita yakin rakyat Malaysia mampu pergi lebih jauh dari imaginasi sekarang. Kita yakin rakyat Malaysia wajib mendapat yang terbaik dari kerajaannya
Oleh: Sakmongkol Ak47
Tiada ulasan:
Catat Ulasan