SPECIAL ADS

26 April 2013

Pegawai SPR didakwa rakam nombor siri kertas undi pos


26 Apr : Petugas kempen DAP mendakwa bahawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab bagi kawasan Parlimen Pulai, telah mencatat nombor siri kertas undi pos sebelum menghantarnya kepada pengundi - meningkatkan kebimbangan bahawa undi tersebut dapat dikesan dengan mudah.

NONECalon DAP bagi DUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How (kiri) dan wakil 
calonnya, Tah Moon Hui mendakwa bahawa mereka ternampak kejadian itu semalam semasa lawatan mereka ke pusat gerakan SPR di Johor Bahru untuk memeriksa kertas undi pos sebelum ianya dihantar.

Mereka menunjukkan kepadaMalaysiakini gambar yang diambil secara tersembunyi di pusat gerakan tersebut, yang menunjukkan nombor siri enam angka kertas undi bagi parlimen dan kerusi DUN setiap pengundi pos, telah dicatat bersebelahan nama pengundi dalam senarai pemilih undi pos.

Malaysiakini juga telah mengesahkan dengan beberapa wartawan yang telah memohon menjadi pengundi pos bahawa setiap undi mereka dicetak dengan nombor siri enam angka.

"Saya mengesyaki nombor siri yang dicatat oleh SPR boleh digunakan untuk mengesan undi yang dipangkah. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa setiap undi perlu dirahsiakan," kata Cheo ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Di kawasan Parlimen Tanjong Piai, calon DAP, Mahdzir Ibrahim juga menerima satu aduan daripada pegawai rendah SPR yang telah memohon untuk menjadi pengundi pos.

Beliau berkata jumlah empat angka yang dicetak pada sampul surat, yang akan digunakan untuk mengembali undi kepada SPR, adalah sama dengan nombor siri yang dicetak pada daftar pemilih.

Semakan Mahdzir mendapati bahawa apa yang didakwanya adalah benar, dan ia bermaksud identiti pengundi boleh dikesan mengikut nombor siri pada sampul surat berkenaan.

"Seorang pengundi memberitahu saya bahawa undinya akan dikesan, oleh itu, dia akan memangkah undi rosak," kata Mahdzir kepadaMalaysiakini.

NONECheo dan pasukan kempennya juga mengesan nama seorang lagi 
pengundi pos yang muncul dalam kedua-dua senarai 'pegawai SPR' dan senarai 'pengamal media'.

"Kedua-duanya mempunyai nama dan nombor MyKad yang sama tetapi muncul dalam daerah mengundi yang berbeza. Saya bimbang ini boleh membawa kepada penyelewengan pilihan raya, "kata calon berusia 29 tahun.

Kakitangan SPR dan wartawan yang tidak dapat mengundi pada hari pengundian, dibenarkan mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum ini.

Tiada ulasan: