SPECIAL ADS

26 April 2013

Luar Biasa!!! TG Nik Aziz Solat Jumaat Di Masjid Besi Putrajaya

PUTRAJAYA 26 Apr : Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya bergema dengan teriakan takbir 'Allahuakbar' apabila jamaah solat Jumaat masjid itu melihat Tuan Guru Datuk Nik Aziz di sana.

Kehadiran Tg Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu disedari apabila beliau keluar dari masjid selepas  selesai solat Jumaat.

TG Nik Aziz yang menunaikan solat di situ hari ini selepas tiba pagi tadi untuk menyertai kempen menuju Putrajaya sepanjang hari ini.

Sepanjang berada di Ibu Negara, Menteri Besar Kelantan itu mempunyai jadual yang padat hari ini.

Petang ini, beliau dijangka ke Lembah Pantai bagi memberikan sokongan moral kepada Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar.

Malam ini pula beliau akan berceramah membantu calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa di Presint 3  iaitu di belakang komplek Mahkamah Persekutuan.

Dalam pilihan raya kali ini, TG Nik Aziz mempertahankan kerusinya di Chempaka, Pengkalan Chepa.

Gambar-gambar sambutan luar biasa apabila TG Nik Aziz dan Calon Putrajaya, Husam Musa bersolat jumaat di Masjid Besi, Putrajaya pada hari ini Jumaat 26 April 2013. Inikah yang dikatakan akan berlaku perubahan di Putraya? Inikalilah!!!


http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/551528_613254482038003_1908360588_n.jpg


http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/575412_613254718704646_1975607383_n.jpg
http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/397968_613254898704628_1100943454_n.jpg
http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc1/374648_613258992037552_1623404030_n.jpg
http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/551508_10151487178232423_1266681709_n.jpg

Tiada ulasan: