"Kami kesal perdana menteri telah memilih untuk mengambil tindakan undang-undang dan bukannya menggunakan haknya untuk menjawab," kata Benjamin Ismaïl, ketua meja RSF Asia Pasifik, dalam satu kenyataan.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu bencana terhadap kebebasan maklumat di Malaysia kerana ia bermakna mana-mana punca berita boleh disaman apabila ia membenarkan pembacanya menyuarakan pandangan mereka.
Sehubungan itu, RSF menggesa perdana menteri menarik balik tindakannya itu, dan sebaliknya bersedia menerima kritikan rakyat terhadapnya.
Pandangan itu disokong oleh NGO Aliran, yang berkata saman itu menunjukkan kecenderungan kerajaan untuk menutup mulut dan bukannya bekerjasama dengan media.
"Walaupun pada dasarnya, kita membenci kenyataan fitnah, namun tindakan Najib dan Umno itu adalah sama seperti menanamkan rasa takut dalam media alternatif lain dan pembaca prihatin mereka.
"Malaysiakini, pada prinsipnya, menyediakan ruang yang cukup untuk mana-mana pihak yang tak puashati untuk menjawab sebarang tulisan yang kritikal atau komen pembaca - satu amalan yang biasa dalam demokrasi yang berkembang maju.
"Dengan tidak menerima tawaran Malaysiakini hak untuk menjawab, Najib dan yang lainya hanya mengukuhkan rasa syak wasangka bahawa pihak yang berkuasa cenderung untuk menutup mulut portal berita itu, yang dikenali sentiasa memperjuangkan kebenaran tanpa rasa takut atau pilih kasih ," kata jawatankuasa eksekutifnya tersebut.
Aliran juga menggesa Najib untuk mempertimbangkan implikasi yang lebih luas terhadap amalan demokrasi dan menggugurkan samannya.
Pada 3 Jun lalu, Najib dan Umno, melalui setiausaha kerjanya, Datuk Abdul Rauf Yusoh, menyerahkan writ saman terhadapMalaysiakini dan editornya Steven Gan dan Fathi Aris Omar.
Mereka mendakwa kompilasi komen pembaca komen dalam ruang ' Yoursay ' yang disiarkan pada 14 Mei, iaitu '‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?, berunsur fitnah.
"Kami berhasrat untuk melawan saman itu habis-habisan," kata Gan.
NOTA: Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan setebal 30 halaman terhadap Malaysiakini dan editornya boleh diakses di sini.
[Baca berita penuh] MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan