Sekali lagi Tun Mahathir melalui entri blog yang ditulisnya pada 18 Mei 2014 lalu, merumuskan dengan tegas, bahkan kali ini dengan sangat serius, beliau mengulangi untuk kali kedua bahawa Boeing dan CIA mengetahui apakah sebenarnya yang telah terjadi ke atas MH370. Tun Mahathir meluahkan kesangsiannya dengan menulis bahawa beliau yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial. "Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya. Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," tulisnya dengan tegas dalam entri berjudul, 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down'.
Katanya lagi, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika. Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem "pendaratan automatik anti-keganasan". "Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.
Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini. Menurut beliau lagi, Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan. Menurut Mahathir lagi, apa yang naik pasti akan turun."Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau lagi.
Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam."Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak. Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,".
"Saya menulis tentang pelumpuhan sistem komunikasi MH370 dan juga isyarat GPS.Sistem komunikasi ini telah dilumpuhkan, jika tidak stesen bumi masih boleh menghubungi dan mengesan pesawat. GPS juga telah dilumpuhkan sehingga gagal dikesan oleh satelit yang biasanya menyediakan data pada semua penerbangan komersial, termasuk data kepada lokasi , jenis pesawat , nombor penerbangan, lapangan terbang berlepas dan destinasi. Tetapi semua data ini seolah-olah tidak ada. Pesawat itu seakan-akan hilang dari semua skrin pengawasan".
“Carian di Internet mendedahkan, Boeing menerima paten AS pada 2006 bagi sistem yang sekali diaktifkan ia akan menghilangkan kawalan pemaduan juruterbang dan mendarat di lokasi yang ditentukan oleh sistem itu. The Flightglobal.com melalui sebuah artikel ditulis John Croft dengan dateline Washington DC (1 Dis 2006) menyebut, ‘pemanduan automatik yang tidak boleh diganggu atau pintas, akan diaktifkan, sama ada oleh juruterbang, alat pengesan dalam kapal ataupun dikawal radio atau satelit yang dihubungkan oleh agensi kerajaan seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), jika terdapat ancaman pengganas untuk mengambil alih kokpit’.
“Jelaslah Boeing dan beberapa agensi mempunyai keupayaan untuk mengambil alih kawalan penerbangan,” tegas Tun Mahathir. Sebelum entri ini, Tun Mahathir sudah beberapa kali "menyerang" dan menyalahkan Boeing 100% atas kehilangan MH370. Pada 25 April lalu, Tun Mahathir melalui postingnya berjudul "MH370" - beliau mengecam tahap sistem keselamatan dan komunikasi pesawat Boeing yang sangat mudah dilumpuhkan, menurutnya hampir semua bentuk komunikasi antara pesawat dengan stesen bumi tidak dapat dilakukan walaupun hanya dengan sedikit. Hal ini membuktikan bahawa ia bukan dilakukan oleh juruterbang atau pembantunya, tetapi telah dilakukan oleh pihak lain yang jelas mengawal MH370 untuk dibawa ke kawasan misteri.
"Penerbangan semua pesawat penumpang boleh dikesan walaupun pada telefon mudah alih peribadi. Saya boleh melakukannya pada telefon saya. Jika kapal terbang mendarat saya boleh menonton ia mendarat.Saya juga boleh mendapatkan maklumat tentang mana-mana pesawat di mana sahaja, termasuk syarikat yang membuat dan model yang ia miliki, serta dari mana ia terbang dan ke mana destinasinya."
"Saya percaya terdapat peralatan di atas kapal terbang yang membolehkan ia dikesan - mungkin oleh GPS.Kamera canggih berada di mana-mana - satelit yang dikendalikan oleh sesetengah negara sebenarnya boleh mengambil gambar seorang lelaki di atas tanah dan mengenal pasti siapakah dia. Sesungguhnya kamera satelit boleh melihat dan mengambil gambar pesawat 63 meter dari aras bumi." Jelas Tun Mahathir.
Dan pada 9 Mei 2014, Tun Mahathir melalui entrinya berjudul "Responsibility of Airframer" telah menulis isi hatinya seperti berikut, "Sistem komunikasi adalah merupakan nadi bagi pesawat. Dalam mana-mana kecemasan, jpesawat boleh berkomunikasi secara langsung dengan stesen bumi. Tapi dalam kes MH370 ternyata segala peralatan komunikasi telah gagal."
"Pada masa kini, lokasi dan pergerakan semua pesawat komersil dapat dipantau. Sesiapa sahaja boleh melihat di telefon bimbit mereka simbol pesawat terbang di mana sahaja di dunia. Bilangan pesawat yang berdaftar, syarikat yang mengeluarkannya, pemilik pesawat, dari lapangan terbang mana pesawat berlepas dan ke arah mana destinasinya, semua boleh diperolehi melalui telefon bimbit orang lain. Namun, MH370 boleh hilang sepenuhnya! tanpa kelihatan walaupun dari monitor negara-negara yang memiliki satelit pengintip tercanggih."
"Dalam hal MH370 -satunya perkara yang kita tahu dengan pasti adalah bahawa selepas juruterbang bersama berkata "Baiklah, selamat malam " tidak ada komunikasi yang lebih.Tidak terdapat sebarang panggilan dari pesawat lagi, malah stesen bumi juga tidak dapat menghubungi pesawat langsung. Dalam erti kata lain komunikasi telah terputus sama sekali."
"Bagaimanakah ini mungkin berlaku! Apakah juruterbang boleh mematikan seluruh sistem komunikasi? Adakah sistem komunikasi dalam Boeing 777 sangat mudah dilumpuhkan oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam pesawat? Apakah tiada sistem komunikasibackup? Adakah tidak terdapat sistem keselamatan untuk fasiliti komunikasi yang sangat penting ini? Atau adakah pihak ketiga telah melumpuhkan seluruh sistem komunikasi MH370 itu?"
"Apa sahaja pemberhentian komunikasi yang dilakukan secara tiba-tiba serta menyeluruh. Maka salah seorang daripada juruterbang pasti menyedari akan kegagalan komunikasi tersebut, melainkan jika kedua-duanya bertanggungjawab untuk melumpuhkan sistem.Namun demikian, anak kapal yang lain pasti menyedari dan bertindak apabila melihat pesawat itu tidak lagi mengikut laluan penerbangan yang betul. Apakah mereka juga tidak cuba bertanya kepada juruterbang mengapakah terjadi sebegini? Jika mereka gagal untuk menghubungi kokpit pesawat, apakah mereka juga kurang mengambil berat akan tanda-tanda ini?"
"Semua anak kapal mesti membawa telefon mudah alih. Sesungguhnya apabila tidak mendapat penjelasan daripada juruterbang tentang perubahan laluan penerbangan, mereka akan cemas cukup untuk memanggil seseorang di bumi. Tetapi sebagaimana yang kita tahu mereka tidak melakukannya. Adakah telefon mereka dilumpuhkan? Atau adakah mereka tidak berupaya dalam beberapa cara?"
"Penumpang juga, pada peringkat tertentu pasti berasa cemas. Apakah tidak ada dalam kalangan mereka yang cuba untuk menelefon saudara-mara mereka? Kita dapati mereka tidak berbuat demikian atau mereka mampu berbuat sedemikian. Adakah sistem komunikasi telefon mereka juga dilumpuhkan? Beberapa saudara mara di bumi yang cuba menghubungi mereka dapat mendengar deringan telefon, namun lokasinya tidak dapat dikesan. Tidak ada jawapan. Apakah mungkin semua komunikasi penumpang telah dilumpuhkan?"
"Tetapi Boeing seperti mayat yang tenang! Tiada penjelasan tentang bagaimana sistem komunikasi dan pemantauan kedudukan boleh gagal dalam menjejaki pesawat Boeing MH370. Jika ini boleh berlaku kepada MH370 jenis Boeing 777, maka apakah kita masih selamat untuk menaiki pesawat jenis tersebut? Andaian bahawa MH370 telah jatuh ke Lautan Hindi. Bolehkah pesawat yang berat, diperbuat daripada kaca, aluminium , titanium dan komposit , terjun ke dalam laut dan tidak berpecah , meninggalkan bahagian-bahagian yang pecah dan kesan tumpahan minyak. Walaupun laut tenang, kapal terbang akan tetap pecah apabila jatuh ke lautan. Enjin juga boleh pecah dan meninggalkan kesan minyak dan lain-lain Sama ada juruterbang berada dalam kawalan atau tidak, apabila bahan api telah menjadi lemah, pesawat pasti jatuh. Ia tidak boleh mencapai pendaratan lembut seperti kes Sungai Hudson. Ia mesti jatuh ke laut ganas."
"Walaupun laut kelihatan tenang, pesawat akan terhempas dan pecah. Tetapi mereka mendakwa bahawa keseluruhan badan kapal terbang telah tenggelam utuh ke dalam laut! Apakah ini mungkin? Sehingga kini tiada tanda dan bukti yang menunjukkan pecahan-pecahan komponen pesawat. Boeing mempunyai banyak persoalan untuk dijawab, sehinggalah pesawat itu ditemui dan sebab-sebab kegagalan peralatan komunikasi serta menjelaskan bagaimana ia boleh hilang sepenuhnya. Seseorang mesti membuat kesimpulan bahawa pesawat Boeing berbahaya masuk ke negara ini!"
Penjelasan dan pandangan Tun Mahathir - seolah-olah mengesahkan bahawa kehilangan MH370 bukanlah sekadar tragedi atau misteri, namun lebih jauh daripada itu - ia merupakan konspirasi sama ada untuk menutup rahsia besar yang berada di dalam MH370 atau pun ia merupakan titik awal bagi satu rancangan mega untuk dilaksanakan di rantau ini.
Ikuti sambungnya dalam judul Misteri MH370 : Terperangkap dalam Relung Masa (Episod ke-15)
Azli Shukri Today
Setahun yang lalu, Tentera Laut AS telah mencipta sejarah, apabila melancarkan ujian paling sempurna ke atas pesawat pejuang mereka dengan mengaplikasi teknologi drone tercanggih milik tentera AS. Dari atas kapal perang USS George H. W. Bush - mereka telah menerbangkan sebuah X-47B - sebuah pesawat tempur terkini milik Tentera Laut AS dengan menggunakan remote kawalan jauh bagi meninjau kemajuan sistem peperangan udara generasi baharu yang dikenali sebagai Unmanned Combat Air System (Sistem Pertempuran Udara Tanpa Pemandu).
X-47B yang diterbangkan tanpa pemandu itu telah dikawal sepenuhnya oleh pengendali misi dari atas kapal USS George H.W Bush yang berada di lokasi luar pantai Virginia.Pesawat tempur tersebut berjaya terbang di seluruh Teluk Chesapeake sebelum kembali mendarat ke Pangkalan Tentera Laut AS di pinggir Sungai Patuxent. X-47B bukan sahaja tidak dapat dikesan oleh rada dan sonar, bahkan ia bergerak dengan sangat pantas dan senyap, serta akan muncul secara mengejut di kawasan sasaran musuh. Ia ibarat sebuah pesawat tempur berciri halimunan yang mampu terbang berjam-jam tanpa henti dengan paras ketinggian yang mengagumkan. Di sebalik segala kisah kejayaan tentera AS dalam pembangunan teknologi drone, rupa-rupanya tanpa sesiapa menyedari, Israel telah pun mengisytiharkan kejayaannya mencipta pesawat tempur halimunan yang jauh lebih canggih daripada AS - pesawat yang tidak hanya dapat dikesan oleh rada dan satelit, bahkan ia secara fizikalnya juga tidak dapat dilihat dengan mata kasar. AS nampaknya masih jauh ketinggalan.
Utusan Malaysia 12 Mac melaporkan, sebuah laman web yang membincangkan teori-teori misteri, Beforeitsnews.com mendakwa, kehilangan MH370 mungkin ada kaitan dengan ujian penggunaan alat perang elektronik yang canggih bagi mengelak pesawat itu termasuk kotak hitamnya dikesan radar.Menurut laporan tersebut, dalam peperangan elektronik, peralatan elektronik langkah balas (ECM) amat penting untuk mengelirukan sistem radar, sonar atau alat pengesan lain seperti laser inframerah dan boleh digunakan dengan tujuan serangan atau pertahanan bagi menyekat maklumat dihantar atau melumpuhkan sistem komunikasi pihak musuh. Jelasnya, syarikat teknologi yang beribu pejabat di Austin, Freescale Semiconductor dilapor membangunkan teknologi tersebut bagi memenuhi keperluan sektor pertahanan dan aeroangkasa AS. “
Teori ini berbangkit kerana terdapat sekurang-kurangnya 20 penumpang dari syarikat elektronik Freescale Semiconductor yang beribu pejabat di Texas, AS, menaiki pesawat berkenaan dengan kesemuanya mempunyai kepakaran dalam teknologi elektronik untuk tujuan pertahanan ketenteraan. “Tidak mustahil pesawat MH370 menjadi ‘halimunan’ dengan ujian penggunaan senjata berteknologi tinggi yang sememangnya wujud dan digunakan oleh pihak tentera, jelas laporan tersebut. Laporan itu memberi contoh, Israel telah mencipta senjata yang mampu meniru isyarat telefon bimbit untuk mengarahkan rangkaian telefon tersebut memasuki status ‘tidur’, sekali gus menghentikan transmisi komunikasi, selain memiliki peralatan elektronik yang mampu mengganggu isyarat kecemasan pihak tentera musuh.
Pada 2007, tentera Syria berpeluang menyaksikan teknologi moden itu apabila pesawat tentera Israel gagal dikesan radar tentera. Malah tahun lalu, Israel mengumumkan tentang teknologi baharu yang menjadikan pesawat tidak dapat dilihat dengan mata kasar, apatah lagi dikesan radar, jelas portal berita itu. Laman web tentera, Military.com, pula melaporkan China kini giat membangunkan teknologi halimunan menggunakan panel kaca heksogan bagi memantulkan cahaya di sekeliling objek yang ingin ‘dihilangkan’. Pakar tentera AS mengesahkan projek membangunkan teknologi berkenaan memang wujud, tidak menyamai projek yang dilaksanakan AS dan Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bekas tentera khas AS, Chris Sajnog berkata, secara umumnya, kebolehan teknologi yang dibangunkan AS masih belum diketahui kerana Pentagon masih merahsiakannya, namun beberapa negara lain tidak jauh ketinggalan membangunkan teknologi yang sama.
Di sisi lain, sejak tahun 2012 lagi, China sudah pun melakukan ujian demi ujian terhadap pesawat tempur halimunannya - Chengdu J-31 yang dikatakan semakin matang dan mendapat bantuan tidak langsung daripada Israel, sekali gus membuktikan bahawa China sudah pun menguasai sepenuhnya teknologi halimunan (Stealth technology) yang menjadi kebanggaan AS selama ini. Bahkan, tidak mustahil, pada waktu kini, pesawat J-31 sudah pun mencapai tahap teknologi drone yang mampu dikawal dari jarak jauh.
Semua cerita ini menggambarkan kepada kita bahawa - hanya Israel, AS, China dan Rusia sahaja yang benar-benar telah menguasai teknologi halimunan dan drone - maka, apakah kita bersalah untuk berasa sangsi bahawa negara-negara ini mungkin terlibat secara langsung atau setidak-tidaknya mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku ke atas MH370? Malah, bukankah sebahagian besar daripada 7,000 satelit yang berselerak di angkasa merupakan kepunyaan keempat-empat buah negara tersebut, tetapi aneh, tidak ada satu satelit pun yang mampu menerangkan secara konkrit di manakah lokasi sebenar MH370.
Seperti mana yang dijelaskan oleh Ravi Madavaram seorang Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan dari syarikat Sullivan Asia Pacific, bahawa tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan MH370 hilang dan terhempas begitu sahaja, sebaliknya terdapat gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang dalam menangani permasalahan yang sedang berlaku di dalam pesawat MH370. Manakala kami pula cenderung menyakini bahawa - teknologi, konspirasi dan rampasan pesawat - sebagai elemen gabungan yang telah melenyapkan MH370 bagi mencapai agenda tertentu dan menghapuskan "bukti" yang mungkin berada di dalam pesawat tersebut.
"Rampasan palsu" mungkin telah dirancang lebih awal bagi mewujudkan suasana panik di dalam pesawat MH370 - para perampas yang telah diberi upah ini sama sekali tidak mengetahui bahawa mereka hanyalah sebagai alat dan kambing hitam, bagi menghalalkan tindakan untuk mengaktifkan teknologi drone yang telah lama dipasang di muncung pesawat Boeing MH370. Apabila unsur rampas sudah "dihidu" berlaku di dalam pesawat - sistem teknologi drone akan bertindak balas secara automatik dan menghantar isyarat kecemasan ke ibu pejabat Boeing dan Pentagon bagi mengaktifkan sistem pesawat kawalan jauh (RPA).
Teknologi drone, apabila diaktifkan ia membawa bermaksud bahawa semua sistem komunikasi di dalam pesawat akan dimatikan secara berperingkat melalui pusat kawalan jauh bagi menghalang sebarang cubaan perampas daripada berhubung dengan dunia luar untuk mendapatkan sebarang bantuan. Maka, mungkin sebab itulah - kita dapati semua sistem komunikasi di dalam MH370 telah dimatikan dengan "sengaja" dan secara berperingkat iaitu bermula pada jam 1.07pagi diikuti pada pukul 1.21 pagi. Ia sebenarnya bukan dilakukan oleh juruterbang atau pembantunya, sebaliknya ia mungkin telah dilakukan oleh sistem kawalan jauh.
MH370 telah "dilarikan" jauh ke Lautan Hindi untuk dimusnahkan kerana ia disyaki telah dirampas oleh sekumpulan pengganas. MH370 berkemungkinan besar telah diletupkan oleh peluru berpandu sehingga tidak berupaya menghantar apa-apa isyarat. Seperti yang kita sedia maklum, setiap pesawat komersial mempunyai alat pengesan Emergency Locator Transmitters (ELT) yang akan diaktif secara automatik apabila pesawat terhempas, namun demikian bagaimana jika MH370 sebenarnya tidak terhempas sebaliknya ia telah meletup terlebih dahulu di udara?
Harapan yang tinggal hanya kepada kotak hitam atau dipanggil sebagai Underwater Locator Beacon (ULB) yang mula menghantar isyarat sebaik sahaja ia tersentuh air, hayat kotak hitam hanya mampu bertahan selama 30 hari - dan tempoh tersebut sudah lama berakhir. Kini, satu-satunya harapan yang tinggal adalah mencari dan menemui serpihan atau bangkai pesawat MH370. Tetapi, menurut Saintis David Mearns, adalah mustahil untuk menemui bangkai MH370 setelah begitu lama masa berlalu. Bahkan beliau juga turut meramalkan bahawa kotak hitam yang dicari juga tidak akan dijumpai sampai bila-bila.
Ikuti sambungannya dalam judul Misteri MH370 : Apa yang Mahathir Tidak Tahu! (Episod ke-14)
Azli Shukri Today
Tiada ulasan:
Catat Ulasan