SPECIAL ADS

3 Jun 2014

Saya tidak sama dengan Tunku Aziz

KUALA LUMPUR: Dyana Sofya Mohd Daud membidas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz yang mendakwa beliau akan meninggalkan parti itu apabila menyedari bahawa ‘ia tidak berbilang kaum’.

Tegasnya, beliau menyertai DAP kerana memahami serta mengagumi perjuangan pemimpin dan prinsip berbilang budaya parti itu serta pengalamannya sama sekali jauh berbeza dengan Tunku Aziz.

Justeru, bekas calon DAP pada PRK Parlimen Teluk Intan itu menghargai kesungguhan parti itu yang sentiasa membela semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama. 

"Saya percaya dengan prinsip melakukan sesuatu yang betul tanpa mengambil kira kesan dan risiko," ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, beliau menyertai DAP tanpa sebarang niat untuk dilantik apa-apa jawatan kerana hanya mahu bersama orang-orang yang berfikiran terbuka, berkongsi visi dan misi serta mengambil bahagian dalam perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu menegaskan, beliau sama sekali tidak memandang DAP hanya sebagai sebuah parti politik tapi lebih daripada itu, iaitu sebuah keluarga.

Sebelum menyertai DAP, beliau tidak pernah merasai semangat sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum yang menghormati antara satu sama lain

“Saudara-saudari saya dalam DAP telah membuatkan saya sedar bahawa tidak mustahil untuk menjadi rakyat Malaysia sejati tanpa kepura-puraan," tegasnya.

Tiada ulasan: