SPECIAL ADS

22 April 2013

5 Mei 2013 Pertembungan Rakyat dan Pemerintah



22 Apr : PRU 13 bukan pergelutan antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, sebaliknya pertembungan antara rakyat dengan pemerintah. Ia bukan sekadar pilihan "kepada parti politik mana mandat rakyat itu diberi", tetapi juga pilihan sama ada sistem sedia ada perlu dirombak untuk perubahan pada masa depan.
Demokrasi bukan hanya "mengundi", tetapi sejauh mana pengundi terdedah kepada maklumat yang mencukupi sebelum keputusan dibuat.

Padahal pilihan individu tidak boleh diperlekeh sebagai "hanya satu undi", kerana kita sebagai anggota dalam masyarakat Malaysia, berkongsi nasib yang sama secara kolektif. Dengan kata lain, pilihan anda bakal menentukan masa depan saya, begitu juga sebaliknya.
Justeru itu, Sunflower Electoral Education (SEED) & Mama Bersih menerbitkan risalah untuk membawa suara rakyat, iaitu Bunga Raya. Risalah ini bukan terbitan parti politik yang bertanding, tetapi inisiatif sekumpulan NGO dan kaum ibu untuk menyuarakan pandangan terhadap keadaan tanahair kita pada hari ini.
Risalah daripada Rakyat, oleh Rakyat dan untuk Rakyat ini cuba merungkaikan isu-isu yang berlaku sepanjang tahun-tahun ini, mengimbas kembali nostalgia Reformasi 15 tahun, berkongsi kisah pengalaman yang terharu ketika perhimpunan BERSIH 2.0, 3.0 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112. Diharapkan risalah ini mampu membawa mesej kepada pengundi yang tidak terdedah kepada maklumat yang bebas selama ini. Semoga perkongsian luahan hati ini dapat merentasi tembok kaum yang sengaja dibatasi selama ini.
Semoga kita mengisi makna untuk tanggal 5 Mei 2013 sebagai tarikh yang bersejarah.

*Terbitan ini diedarkan secara percuma. Anda boleh memuat turun Bunga Raya di (http://goo.gl/mEr7o). Cetak semula dialu-alukan, dengan syarat kandungan dan letter head risalah ini tidak diubahsuai. Sekian, terima kasih.
Editor Lim Hong Siang


Mengisi makna tanggal 5 Mei 2013  PRU 13 bukan pergelutan antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, sebaliknya pertembungan antara rakyat dengan pemerintah. Ia bukan sekadar pilihan

Tiada ulasan: