SPECIAL ADS

9 April 2013

Keselamatan negara tidak selamat?

09 Apr : SELAMA ini kita sering didedahkan tentang penyelewengan dan salah guna kuasa pemimpin BN terutamanya Melayu Umno yang mengaku beragama Islam. 

Sudahlah harta rakyat, harta negara, wang rakyat, wang negara, kawasan balak, tanah rakyat (rizab Melayu) selama ini tidak selamat di bawah pemerintahan Umno ditambah lagi dengan kadar jenayah yang meningkat, gejala sosial, maksiat, hiburan melampau, arak, zina, buang bayi dan berbagai lagi kini rakyat dihantui pula dengan kemasukan orang asing yang menjadi pengundi sebagai mencabar hak warganegara Malaysia dan yang terkini dengan kemasukan dengan mudah kumpulan bersenjata di Lahad Datu Sabah.


Sungguh pelik, bagaimana kumpulan bersenjata itu begitu mudah masuk ke negara kita sedangkan di laut terdapat berbagai unit keselamatan yang mengawal perairan negara. Kalau dulu rakyat dikelirukan dengan isu kumpulan Al Maunah yang dikatakan begitu mudah masuk dan mengambil senjata di kem tentera, pembunuhan Altantuya menggunakan bom C4 juga boleh diambil umpama pergi mengait buah rambutan, kini kumpulan bersenjata pula masuk tanpa sebarang sekatan dan halangan. Dengan berbagai masalah dan bahaya yang mengancam negara sekarang membuktikan bahawa Umno-BN tidak boleh diharapkan rakyat dan negara malahan mereka sebenarnyalah membawa petaka kepada rakyat dan negara jika dibiarkan terus berkuasa.
Kerja mereka hanya berebut projek, berebut kuasa, berebut jawatan dan membuat fitnah ke hulu ke hilir dan dalam masa yang sama keselamatan negara terbiar kerana pemimpin sibuk untuk mengekalkan kuasa dan menipu rakyat.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah tempelak dan penghinaan daripada Allah kerana selama ini mereka mempersendakan syariat Allah, sunnah Nabi. Sekarang Allah cabar mereka supaya membuktikan akan kebaikan dan keadilan undang-undang yang mereka cipta sendiri, apakah lebih hebat daripada ciptaan Allah? Boleh menjamin keselamatan rakyat dan negara?

Apakah semua peristiwa ini ada muslihat, dirancang atau benarbenar berlaku? Jika diberi alasan, bagaimana dikatakan muslihat kerana mempertaruhkan nyawa pihak keselamatan! Jawapanya mudah juga, apakah selama ini Umno-BN menghargai nyawa manusia? Pembunuhan di Memali, kumpulan Al Maunah dan pembunuhan Altantuya sebagai bukti nyawa manusia tiada harga buat mereka, yang penting kuasa mesti dikekalkan, rakyat mesti diyakinkan walaupun secara menipu dan mengorbankan nyawa orang bahawa kononnya hanya Umno- BN sahaja yang mesti dipilih oleh rakyat untuk memerintah negara.

Yang peliknya ialah pihak yang mengarahkan dan melakukan pembunuhan di Memali, Al Maunah dan Altantuya disanjung, dihormati, dikawal keselamatan mereka ke hulu ke hilir seolaholah mereka ini wira dan hero.
Tak peliklah jika berbagai musibah dan malapetaka yang Allah turunkan ke dalam negara kita ini berpunca sikap rakyat sendiri yang menyanjungi golongan zalim, penjenayah, perasuah, penipu dan penghina syariat Allah.
Apakah rakyat masih tidur, tidak sedar, bermimpi dan masih berangan-angan dengan Umno?

Jika sudah habis harta negara, harta rakyat dan tanah orang Melayu yang sememangnya sudah lama tidak selamat, kini keselamatan negara juga sudah terancam akibat permainan Umno, masih mahu menyokong Umno lagi? Akidah umat Islam juga sudah lama tidak selamat di bawah Umno, apalagi yang rakyat mahu tunggu?

Kenyataan Mufti Perak dan Noh Gadut berkaitan kalimah Allah, jika diteliti betul-betul sudah terang dan jelas bahawa sesiapa yang mengundi dan menyokong Umno boleh jatuh kufur serta-merta tetapi Umno dan pemimpin putar belit dan tipu rakyat dengan mengatakan PAS pula yang membenarkan pengguanaan kalimah Allah dalam bible sedangkan kuasa untuk melulus dan membenarkanya adalah dinbawah kerajaan Pusat yang memerintah iaitu Umno.

Najib cuba untuk menutup kelemahan pentadbirannya dengan membuat fitnah tanpa menyedari bahawa beliau sendiri terpalit dengan dakwaan kes pembunuhan warga Monggolia dan kes rasuah terbesar kapal selam tapi yang anehnya beliau bebas ke sana ke mari tanpa disiasat atau didakwa sematamata kerana beliau Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Jika negara luar yang punya pemimpin sebegini, sudah lama dilanyak oleh rakyat atau ditangkap oleh pihak berkuasa atau digantung tugas dan jawatannya sehingga siasatan selesai.
Oleh itu tidak peliklah jika kita melihat perangai dan akhlak pengikut dan penyokong Umno yang selalu bertindak ala samseng, ganas dan kebal daripada undang-undang, ini adalah kerana pemimpinpemimpinnya juga berperangai sama. Apakah golongan seperti ini yang rakyat hendak banggakan untuk mentadbir negara? Punah ranah jadinya.

Inikah kaedah yang diajar oleh Islam dalam memilih pemimpin dan kerajaan? Mufti dan ustaz pun jadi punah dan rosak akhlak bila bersama Umno apatah lagi rakyat biasa yang jahil bab agama. Harta, wang dan tanah rakyat sudah lama terancam dan tidak selamat, kini keselamatan negara pula sudah tidak selamat.

TOK JANGGUT
Marang, Terengganu

Tiada ulasan: