SPECIAL ADS

5 April 2013

Anak Mahathir antara miliki syarikat luar pesisir secara rahsia



KUALA LUMPUR 4 Apr: Ahli politik ternama Malaysia, kaum kerabat dan rakan kongsi mereka antara yang memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia di Singapura dan British Virgin Islands (BVI), menurut maklumat dari dokumen yang bocor.
Mereka termasuk anak lelaki bekas perdana menteri Mirzan Mahathir, Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Micheal Chia, yang pernah dikaitkan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Fail-fail yang diperoleh daripada Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) berpangkalan di Washington dan diteliti Malaysiakini menunjukkan, seramai 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir – yang digelar Switzerland baru – serta BVI, syurga percukaian rendah.
Senarai ICIJ terdiri daripada gabungan taikun yang disenaraikan Forbes, ahli parlimen, pesara politik, penjawat awam dan pasangannya, kerabat diraja, ahli perniagaan terkenal dan tidak terkenal, kongsi gelap dan bekas ratu cantik.
Walaupun beberapa syarikat luar pesisir menjalankan urus niaga sah, yang lain mungkin mengalirkan wang haram antara RM871.4 bilion  dalam tempoh 10 tahun, seperti dianggarkan  pemantau kewangan yang berpengkalan di Washington Global Financial Integrity (GFI)- RM

Tiada ulasan: