SPECIAL ADS

15 April 2013

BN: 33% calon Parlimen muka baru, Dun 49%


Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 15 Apr :  Barisan Nasional (BN) menurunkan ramai muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - 33 peratus calon peringkat Parlimen manakal Dewan Undangan Negeri (Dun) pula membabitkan 49 peratus.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebahagian besar calon muka baru akan ditempatkan di kawasan yang perikatan itu kalah pada PRU 2008.
Sebanyak 727 kerusi akan dipertandingkan kali ini iaitu masing-masing 222 kerusi Dewan Rakyat dan baki 505 kerusi Dun.

Beliau juga berkata, perubahan besar yang dilakukan BN adalah untuk memenuhi jangkaan dan kehendak pengundi pada PRU13.
"Calon-calon BN telah dimuktamadkan dan kita telah sampaikan senarai pada parti negeri BN. Ikut jadual parti komponen akan memaklumkan senarai masing-masing hari ini dan serentak esok pengerusi BN negeri.

"Umno juga akan buat esok pagi, secara serentak... dan meletakkan 82 peratus calon baru berdasarkan kehendak rakyat," kata beliau selepas Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN  di sini hari ini.

Tiada ulasan: