SPECIAL ADS

25 April 2013

BN Kedah Bergolak Hangat

SUNGAI PETANI 25 Apr : BN semakin hancur apabila para penyokong sendiri di seluruh negara menyatakan protes terhadap calon yang diumumkan oleh Pengerusi BN Dato' Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Kedah juga tanpa kecuali menyaksikan perebutan kawasan bertanding oleh kumpulan calon tempatan dengan calon pilihan Najib sehingga sebahagian besar tidak teragak-agak untuk menunjukkan bantahan terhadap parti mereka sendiri.

Terbaru, penyokong BN Kedah di empat kawasan telah dikenal pasti menunjukkan protes secara terbuka dan sabotaj dari segi gerak kerja iaitu Sungai Petani, Kuala Kedah, Alor Mengkudu dan Kuala Nerang.
Punca protes ini antaranya disebabkan calon yang ditampilkan bukanlah calon pilihan masyarakat setempat malah tidak mempunyai rekod khidmat yang panjang dan 'turun kawasan' yang baik di tempat masing-masing sebaliknya hanya bersandar percaturan Najib meletak calon yang datang daripada kemnya sendiri.

Terkini, Umno bahagian Sungai Petani mula bergolak apabila calon pilihan Najib, Dr Shamsul Anuar Ismail diumumkan bertanding di parlimen kawasan itu menentang bekas penyandang Dato' Johari Abdul daripada PKR.

Penyokong BN Kedah beserta beberapa pemimpin Umno bahagian menolak Shamsul sebaliknya mahukan calon pilihan, Naib Ketua Puteri Umno Malaysia, Shahanim Mohd Yusof untuk bertanding di kawasan tersebut.

Pada 17 April lalu, para penyokong BN Kedah telah mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Umno bahagian Sungai Petani yang dipercayai merupakan penyokong Shahanim.

Para penyokong Shahanim dikatakan mengugut akan memboikot Shamsul semasa hari Penyokong BN Kedah protes penamaan calon 20 April ini dan insiden yang bermula jam 10.45 pagi itu telah membuat Umno bahagian telah terpecah kepada dua kumpulan.

Di Kuala Kedah pula, kumpulan Naib Ketua Bahagian Umno Kuala Kedah, Dato' Mutalib Harun begitu kecewa apabila pemimpin mereka itu tidak dicalonkan untuk bertanding di Dun Kubang Rotan menentang penyandang Nasir Mustafa daripada PAS.

Najib sebaliknya meletakkan Pegawai Khasnya sendiri Dato' Lat Shariman di kawasan Dun tersebut.
Manakala Parlimen, Najib mencalonkan Dr. Zaki Zamani Abdul Rashid, muka baru bagi menentang calon tempatan daripada PKR Dr. Azman Ismail yang telah lama memberi perkhidmatan di kinik pekan Kuala Kedah.

Menurut sumber, Mutalib sangat kecewa kerana telah lama aktif dan mengeluar belanja yang begitu banyak untuk melobi untuk menjadi calon dan berkempen sejak setahun lalu malah beliau amat dikenali oleh penduduk setempat berbanding Lat yang banyak masanya dihabiskan di Pusat bersama Najib.

Penyokong Umno Kuala Kedah menjangkakan Lat akan diletakkan di kawasan Parlimen tersebut manakala Mutalib di Dun Kubang Rotan sehingga mereka dengan penuh yakin dan 'berani' telah memasang gambar kedua-dua khususnya Naib Ketua mereka di sekitar kawasan Kuala Kedah dua minggu sebelum Najib mengumumkan senarai calon yang bertanding.

Dikatakan juga ianya sebagai 'psywar' untuk memastikan Najib 'tunduk' dengan kehendak mereka yang mahukan keduaduanya dicalonkan.

Lebih menarik, papan tanda yang menampilkan kedua-dua pemimpin ini yang kononnya akan bertanding di kawasan yang diharapkan tidak diturunkan atau dipadamkan wajah Mutalib walaupun tiga hari pengumuman calon telah dibuat dan wajah Zaki masih lagi tidak kelihatan mewarnai sepanduk BN di sini.

Sejak pengumuman itu, pondok-pondok BN Kedah kelihatan tidak bermaya, suram dan tidak meriah dipercayai salah satu tindakan protes penyokong Mutalib yang telah lama berjuang untuk pemimpin tempatan mereka malah bendera-bendera BN Kedah yang rosak akibat hujan dan jatuh tidak diurus dengan baik, malah ada di antara mereka sendiri yang dikatakan merosakkan bendera parti.

Di Alor Mengkudu, insiden yang sama berlaku apabila penyokong BN Kedah telah bersiap sedia untuk memastikan calon pilihan mereka Ustaz Fadhil Hanafi untuk bertanding menentang calon baru PAS yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kedah Ustaz Ahmad Yahya di kawasan tersebut.

Jangkaan meleset, apabila Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah calon BN yang baru diumumkan Najib menyebabkan sebahagian besar dipercayai akan melakukan 'u-turn' pada hari pengundian.

Penyokong BN Kedah mengharapkan Hanafi dapat memberi saingan sengit kepada Ahmad memandangkan keduaduanya adalah 'ustaz' yang mempunyai latar belakang agama sebagai satu bonus kepada BN yang ketandusan tokoh-tokoh agama dan terpaksa berdepan dengan PAS dalam isuisu berkaitan Islam.

Menurut sumber, selain itu peruntukan wang untuk kempen juga tidak sampai ke tangan penyokong Hanafi menyebabkan gerak kerja terhenti dan ada antara pondok-pondok BN di kawasan itu telah ditutup.

Sebelum ini Hanafi telah mengugut pimpinan BN Kedah akan bertanding sebagai calon bebas sekiranya tidak dicalonkan pada PRU12 yang lalu namun setelah berunding dan dipercayai mendapat 'pulangan' yang baik, beliau telah rela 'direhatkan' pada PRU tersebut dan memberi laluan kepada muka lain.

Sementara itu, bekas Adun Kuala Nerang, Dato' Syed Sobri Syed Hashim telah digantikan dengan Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham yang ratarata penyokong menjangkakan peluang yang sangat tipis untuk menjadi Adun berbanding PAS.

Ini kerana Syed Sobri dikenali sebagai pemimpin yang mesra dengan penduduk setempat dan berjasa serta telah menjadikan kawasan itu sebagai kubu kuat Umno.

Nukilan Oleh Juragan 

Tiada ulasan: