PETALING JAYA 16 APRIL: Propaganda serta bahan kempen BN yang disiar menerusi media rasmi kerajaan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) adalah tindakan salah guna kuasa, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
“RTM dan media seumpamanya berterusan menyiarkan propaganda BN secara terang-terangan. Contohnya seperti iklan ‘Saya Pilih Malaysia’. Penyalahgunaan kuasa ini mesti dihentikan,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN itu pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Iklan ‘Saya Pilih Malaysia’ menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan artis tempatan sebagai jurucakap, manakala biru dan putih diguna sebagai warna tema sama seperti bendera BN.
“Kita membantah budaya memanipulasi dan mengawal media arus perdana yang berterus-terusan digunakan Umno BN,” tegasnya.
Kata Nik Nazmi, penyangan pelancaran Manifesto BN selama tiga jam di RTMdan TV3 pada 6 April lalu buk
keangkuhan BN jelas dibuktikan melalui penggunaan media arus perdana seperti RTM dan TV3 dengan menayangkan pelancaran Manifesto BN pada 6 April lalu selama tiga jam sedangkan Pakatan Rakyat ditawarkan hanya 10 minit.
“Semua orang tahu ini tidak adil kepada Pakatan yang hanya diberi tempoh 10 minit, sedangkan Perdana Menteri diberi sehingga 180 minit untuk mengumumkan manifesto BN.
“Lebih dibimbangi, TV3 dan Utusan dibenarkan secara berterusan menyiarkan fitnah serta berita palsu tentang Pakatan,” kata Nik Nazmi.
Menurutnya, Malaysia tidak boleh mengaku sebagai negara maju selagi media arus perdana dikongkong kerajaan.
“Apa yang kita mahu adalah kebebasan media kepada semua,” tegasnya. – NS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan