SPECIAL ADS

11 April 2013

BN umum calon PRU13 16 April?

KUALA LUMPUR 11 Apr :  Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan senarai calon parti komponen itu yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selewat-lewatnya Selasa ini.

Pengumuman itu dijangka dibuat pengerusi BN negeri selepas Pengerusi BN pusat Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan senarai calon yang telah dimuktamadkan kepada mereka selewat-lewatnya Isnin ini, menurut sumber dalaman BN.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, senarai calon BN mungkin diumum dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum penamaan calon pada 20 April ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi PRU13 ditetapkan pada 5 Mei manakala tarikh penamaan calon ialah 20 April.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), Pas (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi.

Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.

Tiada ulasan: