SPECIAL ADS

4 April 2013

DAP cabar BN calonkan 'fantastic four'

DAP cabar BN calonkan 'fantastic four'
IPOH 05 Apr " DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.

Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya umum kali ini.

"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini sebagai calon PRU13.

"Peletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan kesempatan untuk keempat-empat calon bebas itu menjelaskan lagi sokongan mereka kepada BN setelah membuat keputusan meninggalkan parti serta mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat.

"Ringkasnya, berilah mereka peluang menjadi calon bagi pihak BN pula kali ini," katanya.

Untuk rekod, hanya Mohd Osman sahaja pernah membuat kenyataan sedia tanding PRU13 sekiranya BN gagal meletakkan calon 'winnable' bertanding di kerusi Dun Changkat Jering.

Sementara tiga lagi wakil Bebas tidak pernah dilaporkan mahu bertanding mempertahankan kerusi masing-masing.

Tiada ulasan: