SPECIAL ADS

22 April 2013

Dr M Serang Kedah


KUALA LUMPUR 22 Apr : Calon PAS bagi Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Kedah tiada pembangunan dan rakyat tidak mendapat nikmat di bawah Pakatan Rakyat hanya menempelak diri sendiri.

Menurutnya, kenyataan Mahathir itu sekaligus menyatakan bahawa hampir 50 tahun sebelum ini BN memerintah Kedah, parti itu telah gagal membangunkan negeri berbanding hanya lima tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

"Tun M tak nampak dan tak ada maklumat berkaitan Kedah. Bagi Tun M bila bela rakyat Skim Kifalah, Bina Kuin, laksanakn tander balak, bantuan imam bilal, semua ni tidak dianggap pbangunan.

"Zaman BN dahulu pembangunan untuk kroni, kayakan pemimpin sahaja," katanya kepada Harakahdaily.

Firdaus juga tidak menolak kemungkinan serangan Mahathir kepada Pakatan Rakyat Kedah disebabkan mahu membela anaknya Datuk Mukhriz yang kini bertanding sebagai calon bagi Dun Air Hitam.

Ini kerana, anaknya itu disebeut-sebut sebagai calon menteri besar jika BN berjaya mengambil alih pentadbiran negeri itu.

"Jangan sebab anak dia masuk bertanding di Air Hitam dia kata Kedah tiada pembangunan. Tun M jangan sombong. 

"Selama 50 tahun BN perintah Kedah, rakyat masih susah, miskin, dan berlaku penyelewengan sehingga RM403 juta. Tun M, kena tanya tanya Ahmad Bashah," katanya.

Mahathir kelmarin meminta para pengundi Kedah supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti pada pilihan raya umum (PRU) 2008 kerana tempoh lima tahun yang diberikan sudah mencukupi.

Tiada ulasan: