(Sultan Sarafudin menandatangani surat pembubaran DUN Selangor dengan diperhatikan Khalid dan pegawai kerajaan dalam majlis yang penuh istiadat)
SHAH ALAM 04 Apr : Buat pertama kalinya dalam sejarah Selangor, Dewan Undangan Negeri dibubarkan dengan penuh istiadat.
Majlis itu diadakan di Istana Alam Shah, Klang petang tadi dengan upacara menghadap baginda Sultan Selangor oleh semua pimpinan utama kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sultan Selangor di majlis itu kemudiannya menandatangani watikah pembubaran Dun dengan disaksi oleh semua pembesar negeri dan para wartawan.
Ia turut ditandatangani oleh Khalid Ibrahim sebagai ketua kerajaan negeri Selangor.

Nota:
1. Kerajaan Negeri Selangor wajar dicontohi, ditauladani dan dipuji kerana mengadakan acara istiadat pembubaran DUN Selangor dengan penuh etika dan penghormatan pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat selama 5 tahun.
2. Disegi prinsipnya, MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan Exconya amat menghormati Kerajaan yang dipileh oleh rakyat dan memberi ruang kepada rakyat untuk memberi mandat yang baru.
3. Disini saya ingin memberi komen kepada Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak, nampaknya pembubaran parlimen yang dilaksanakan dihadapan DYMM Agong dilakukan secara 'ala kadar' atau 'bidan terjun' sahaja. Dimana etika dan penghormatan kepada rakyat? Langsung tiada majlis rasmi diadakan acara istiadat pembubaran parlimen diadakan.
4. Begitu juga dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri lain. Perlaksanaan pembubaran DUN dibuat tanpa perancangan yang teratur.
5. Tahniah!!! Kepada Kerajaan Negeri Selangor dibawah DYMM Baginda Sultan Selangor dan kepimpinan MB Selangor yang berjaya buat pertama kalinya dan sejarah Selangor, Dewan Undangan Negeri dibubarkan dengan penuh istiadat.
6. Syabas!!! Dari Rakyat Negeri Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan