SPECIAL ADS

15 April 2013

Ghani Othman DAN Ali Rustam Ke Kerusi Parlimen?

15 Apr : Menjelang pengumuman calon Barisan Nasional (BN) hari ini, beberapa nama besar hampir pasti tidak akan bertanding di kawasan DUN masing-masing seperti yang dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris, The Star.

BEKAS menteri besar Johor, Abdul Ghani Othman dijangka akan bertanding juga di kerusi parlimen Gelang Patah menghadapi cabaran getir mempertahankan kerusi itu dari dirampas Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Ghani dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Serom dalam parlimen Ledang, sekaligus Johor bakal menerima menteri besar yang baru sama ada dari BN mahupun Pakatan Rakyat.

Ini bermakna Johor bakal mendapat menteri besar yang baru dan nama BEKAS menteri pengajian tinggi, Mohamed Khaled Nordin dijangka akan dilantik jika BN menang di Johor.

Bagi Pakatan Rakyat pula, calon menteri besar pula berkemungkinan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang bertanding di kerusi DUN Nusajaya selain bertanding di kerusi parlimen Pulai.

Manakala BEKAS ketua menteri Melaka, Ali Rustam pula tidak akan memeprtahankan kerusi DUN Bukit Baru dalam parlimen Bukit Katil.

Ali dijangka akan bertanding di kerusi parlimen Jasin yang dianggap selamat untuknya sekaligus bakal menjejaki langkah beberapa BEKAS ketua menteri terdahulu.

BEKAS menteri besar Pahang, Adnan Yaakob, BEKAS menteri besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan dan BEKAS menteri besar HARAM Perak, Zambry Kadir kekal mempertahankan kerusi DUN masing-masing.

Adnan dijangka bertanding di kerusi DUN Pelangai, Mohamad di kerusi DUN Rantau manakala Zambry kekal di DUN Pangkor. 

Terengganu pula menyaksikan BEKAS menteri besar, Ahmad Said dijangka kekal mempertahankan kerusi DUN Kijal dalam parlimen Kemaman.

Sementara kedudukan BEKAS menteri besar Perlis, Md Isa Sabu akan diserahkan kepada istana kerana Md Isa dijangka tidak akan dilantik semula walaupun sekiranya BN kembali berkuasa di negeri itu.

Pengumuman calon BN dijangka dibuat BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya di ibu pejabat BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira jam 11 pagi nanti.

jalanpulang1978.blogspot.com

Tiada ulasan: