SPECIAL ADS

22 April 2013

Harap DAP terima konsep negara Islam

KOTA BAHARU 22 Apr : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menaruh harapan agar DAP dapat menerima konsep negara Islam ekoran kesediaan DAP sebelum ini untuk menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13. 

"Dia (DAP) terima maknanya dia tidak Islamofobia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

DAP, yang disiasat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu, sebelum ini merancang menggunakan simbol parti Pas dan PKR tetapi akhirnya menggunakan simbol parti sendiri semasa penamaan calon Sabtu lepas.

Nik Abdul Aziz mengulas laporan akhbar pada Sabtu mengenai kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang tetap menolak dasar Islam Pas termasuk hukum hudud meskipun parti itu berhasrat bertanding menggunakan lambang Pas. - Bernama

Tiada ulasan: