SPECIAL ADS

22 April 2013

Husam Menang Di Putrajaya?

22 Apr : "Mungkin inilah yang bakal kita dengar atau sebaliknya. Tetapi rata-rata tinjauan saya beberapa hari hingga kini sokongan kepada Dato’ Husam sebenarnya sudah terkeluar dari bibir ahli UMNO tegar yang saya kenal sekitar Putrajaya.

Walhal jentera BN juga mula memperkemaskan lagi kekuatan mereka untuk menempuh pengaruh Dato’ Husam. Mungkin ramai yang termakan dengan janji BN tetapi Dato’ Husam masih berpeluang untuk menang besar atau tipis.

Walaupun dipihak kita ramai mengatakan yang mengikuti Dato’ Husam adalah pengundi luar tetapi saya tidak seberapa setuju apabila melihat gelagat rakan-rakan terhampir saya mula mengatakan sokongan kepada Dato’ Husam dan ada yang berhajat tidak mengundi terus.  Itu semua kata-kata daripada mereka yang memang saya kenal sebagai kaki UMNO sebelum ini.

Tidak dinafikan ada yang masih setia dengan BN tetapi rata-rata mula berasa senang dengan Dato’ Husam setelah munculnya Dato’ Husam di hadapan mereka berbanding Ku Nan yang masih kini tidak kunjung tiba di beberapa kawasan.

Nasihat saya, kepada yang menyusul bersama Dato’ Husam ucaplah terus “Terima kasih kerana undi PAS” kepada mereka yang anda kunjungi….

Saya melihat ada beberapa tanda kemenangan PAS mula menyusul apabila beberapa pengundi yang berada di atas pagar mula tidak beberapa senang dengan munculnya risalah-risalah memburukkan pakatan pada setiap pagi dihadapan pintu keluar rumah kakitangan awam yang ingin menuju ke tempat kerja.

Bagi wanita-wanita tidak lagi mendendang cerita gincu dan jualan murah di Alamanda tetapi mereka sesama mereka  mula bertanya-tanya siapa yang sering menganggu pada malam dan pagi hari apabila terdengar goncangan grill pintu seolah-olah ada orang yang hendak pecah rumah. (Letak risalah BN).

Nasihat saya juga agar kita hargai semua pengundi dengan ucapan terima kasih kerana bukti di sekitar luar Putrajaya seperti Serdang dan Bangi bahawa ramai anak muda mula menyebelahi kita.

Inilah yang mula ditakuti oleh pimpinan BN apabila rata-rata pegawai tinggi kerajaan sudah pandai bersalam bertanya khabar sambil mengucapkan “Ini kalilah”….

Terima kasih juga kepada Dato’ Husam kerana anda, pengundi atas pagar yang bekerja di Putrajaya tetapi mengundi di sekitar Bangi, Serdang, Kajang, Dengkil, Puchong dan sekitar mula berjinak dengan berani membantu kami di pondok-pondok panas di kediaman masing-masing."
 

Tiada ulasan: