SPECIAL ADS

22 April 2013

Kaji selidik menunjukkan Manifesto BN ditolak rakyat..


22 Apr : Pada 10 April 2013 yang lalu Sinar Harian OnLine telah mengadakan satu kaji selidik untuk mendapatkan pandangan pembacanya tentang manifesto PR dan BN untuk PRU13 ini. 

Dalam kaji selidik kali ini berkisar tentang Manifesto untuk pilihanraya ini .. sejumlah 6822 orang pembaca telah.. 

Hasilnya sehingga jam 4.00 petang hari kaji selidik tersebut dijalankan dengan 6822 orang pembaca mengambil bahagian menunjukkan majority pembacanya menolak Manifesto Barisan Nasional. 

Ini terbukti apabila soalan "Jika anda seorang pengundi, manifesto parti mana yang memikat perhatian anda".. menerima jawapan dari 81% pembaca yang meletakkan Manifesto Pakatan Rakyat sebagai lebih menarik.. sila lihat di ( SINI )

Oleh kerana Kaji selidik tersebut memudaratkan UMNO/BN.. maka ada suara ghaib dikatakan telah memberikan arahan agar kaji selidik tersebut dikeluarkan.. 

Hari ini satu lagi kajiselidik telah dijalankan.. bukannya oleh portal on-line berbahasa Melayu tetapi portal berita on-line berbahasa Inggeris pula.. 

Dan hasilnya juga tidak menyebelahi Manifesto UMNO/BN.. 


Dengan soalan “Whose manifesto will benefit you directly: Barisan Nasional or Pakatan Rakyat's?” 

Sehingga jam 12.30 tengahari tadi sejumlah 8,166 orang pembaca telah mengambil bahagian.. 


Hasilnya 67% menyatakan manifesto Pakatan Rakyat memberikan kebaikkan secara terus kepada mereka. 

24% menyatakan manifesto Barisan Nasional memberikan kebaikkan secara terus kepada mereka (dipercayai kroni-kroni UMNO/BN yang bakal mendapat keuntungan dari manifesto BN ini).. 

Jadi kesimpulannya di sini ialah biar apa sekalipun yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN dalam manifesto mereka kali ini, ianya tetap gagal menarik perhatian rakyat… 

Kaji selidik ini sedang berjalan di ( SINI ).. boleh bertahan berapa jam lagi entahlah..

Tiada ulasan: