SPECIAL ADS

19 April 2013

Keputusan ROS Adalah Satu "Penghinaan" Buat DAP


Biar pengundi tentukan ‘taktik licik’ BN dalam isu RoS, kata DAP
Pengundi akan membuat keputusan pada pilihan raya 5 Mei jika mereka menyokong “taktik licik” Barisan Nasional (BN) selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf pucuk pimpinan DAP,” kata Lim Guan Eng hari ini.

Setiausaha agung DAP itu mengatakan, keputusan RoS itu dibuat kurang dari tiga hari sebelum penamaan calon pada Sabtu menunjukkan ini adalah “BN paling teruk pernah dilihat dalam sejarah”.

“Ini adalah penghinaan, ini tindakan keji,” kata Lim yang kelihatan kecewa kepada wartawan di ibu pejabat DAP hari ini.

“Ini adalah pembunuhan watak. Ini adalah pembunuhan politik. Saya sangat kecewa dengan taktik licik ini,” tambahnya.~ MI

Langkah RoS agar DAP tidak boleh guna logo Roket, jejaskan undi Cina
 
Langkah Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk tidak mengiktiraf pucuk pimpinan DAP bermakna satu perkara, tiada siapa yang mempunyai kuasa untuk menandatangani surat watikah calon untuk menggunakan logo Roket dan memaksa mereka menggunakan logo bulan PAS atau logo mata PKR.

Keputusan tersebut mungkin akan menjejaskan peluang calon DAP di 49 kerusi Parlimen dan lebih 100 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya 5 Mei oleh kerana kebanyakkan kerusi yang mempunyai majoriti masyarakat Cina akan ditandingi oleh parti yang popular dengan logo Roketnya.

“Keputusan RoS bermaksud tiada siapa yang diiktiraf oleh kerajaan mempunyai kuasa.

Jadi, mereka tidak mempunyai kuasa untuk tandatangan surat watikah untuk menggunakan symbol parti,” kata sumber  DAP kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan pucuk pimpinan parti masih berbincang mengenai pilihan yang mereka ada sekarang walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan logo Roket boleh digunakan.

“Kami harus melihat implikasi dari keputusan itu,” tambahnya.~ MI
                          DAP masih boleh bertanding PRU 13 guna logo Roket, kata SPR 

DAP masih boleh bertanding dalam Pilihan Raya 2013 walaupun Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberitahu parti tersebut mereka tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang diadakan Disember lalu, kata Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurut timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, ini adalah kerana RoS hanya tidak bersetuju dengan pemilihan CEC parti tersebut dan ianya tidak melibatkan pembatalan parti.

“Boleh boleh bertanding guna logo mereka sebab masalah dengan RoS ini bukan masalah pembatalan parti. Cuma masalah RoS tidak iktiraf pemilihan CEC,” kata Wan Ahmad apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Hari ini heboh apabila RoS menghantar surat kepada pucuk pimpinan DAP mengatakan mereka tidak mengiktiraf pemilihan CEC parti tersebut.

“Jadi pucuk pimpinan DAP perlu bertemu dengan RoS samada hari ini atau esok untuk selesaikan masalah ini dan dapatkan penjelasan senarai CEC yang mana yang RoS iktiraf,” tambah beliau lagi.

DAP dikatakan mengadakan mesyuarat pada 3.00 petang tadi untuk membincangkan mengenai permasalahan ini.

Hari penamaan calon bagi Pilihan Raya 2013 adalah pada Sabtu ini dan hari membuang undi adalah pada 5 Mei.

DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember tahun lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini berada pada kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Tindakan ini menimbulkan kemarahan segelintir ahli parti dan DAP turut menerima kritikan daripada musuh-musuh politiknya kerana dikatakan tidak tahu menguruskan pemilihan parti dengan baik.

Menurut Wan Ahmad lagi, SPR akan mengikut watikah perlantikkan calon yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan DAP untuk mengesahkan siapa boleh bertanding menggunakan logo parti tersebut agar tidak timbul sebarang masalah.~ MI
              ROS tidak iktiraf pemilihan CEC DAP, dua hari sebelum hari penamaan calon

Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberitahu DAP badan itu tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan yang diadakan Disember lalu.

RoS memberitahu DAP mengenai perkara itu melalui satu surat yang dikirimkan semalam.
“Surat dari RoS sampai 5.30 petang semalam.

Mereka kata tidak iktiraf keputusan pemilihan CEC Disember lalu,” kata Pegawai Media DAP Medaline Chang apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

DAP sedang membuat mesyuarat tergempar bagi membincangkan implikasi dari surat ROS itu dan sepatutnya mengadakan sidang akhbar pada jam 5.00 petang ini.

Sebelum ini, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, parti itu menggunakan logo PAS atau PKR jika RoS membuat sebarang tindakan sehingga simbol DAP tidak boleh digunakan dalam pilihan raya ini.

PAS pula telah menyambut dengan berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan permintaan dari DAP itu. Begitu juga PKR.

Semasa kongresnya di Pulau Pinang Disember tahun lepas, DAP mengakui kesilapan berlaku dalam menentukan barisan kepimpinannya ekoran tersalah kira oleh komputer.

Seminggu selepas itu, keputusan yang sebenar diumumkan oleh pucuk kepimpinan DAP.

Hari penamaan calon bagi Pilihan Raya 2013 adalah pada Sabtu ini dan hari membuang undi adalah pada 5 Mei.~ MI

Tiada ulasan: