SPECIAL ADS

2 April 2013

Mahathir, Ada Udang Disebalik Batu?

03 Apr : Mantan PM Dr. Mahathir begitu sibuk ke hulu ke hilir ke seluruh Malaysia berkempen untuk memenangkan BN menjelang PRU Ke 13 yang akan diumumkan bila-bila masa saja lagi.  Kenapa Mahathir berlagak macam orang penting? Kalau sudah pencen, buat cara berpencen. Umur sudah 87 tahun, wajar ditumpukan pergi ke surau atau masjid untuk menumpukan aktiviti keagamaan. Cari pahala banyak-banyak untuk persiapan ke akhirat nanti?

Janganlah sibuk hal-hal orang lain yang sudah veteran tetapi  belum  hendak berpencen!  Seperti Lim Kit Siang, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang dan lain-lain lagi yang masih bersemangat untuk berpolitik. Mahathir sebenarnya cemburu keaktifan orang lain.

Tidak mahulah hendaklah ulas motif-motif sebenarnya Mahathir aktif berpolitik. Hendak rungkaikan keseluruhannya, nanti ramai rakyat Malaysia yang tahu! Bahasa yang mudah, ada udang disebalik batu...atau tak cukup untuk menimbun kekayaan keluarga Mahathir.

Kalau ia pun janganlah hendak menguburkan politik seseorang...kepada Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan beberapa orang lagi yang dia tidak suka. Hatinya kotor sekali!!!

Hendak berpolitik biarlah secara matang. Mahathir ini dah tua pun belum matang-matang lagi. Wujudkan politik bersaing secara sihat dan kalau boleh wujudkan lanskap politik yang positif.



Pada saya Kerajaan Malaysia perlu wujudkan suatu lanskap politik baru, yang berdaya saing secara membina bukannya hendak menghancurkan seseorang.


Tiada ulasan: