SPECIAL ADS

8 April 2013

Mahathir tidak jujur pertahan Melayu

KEDAH 8 APRIL: Rakyat diingatkan supaya tidak terpedaya gimik politik mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang pilihan raya kononnya mahu mempertahan hak Melayu.

SONY DSCSetiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan lucu Mahathir itu bagi mengalih isu sebenar pendedahan kekayaan melampau dia dan anaknya.
“Percayalah…bangkitnya Mahathir menjelang pilihan raya bukan mahu perjuangkan hak Melayu, tetapi untuk mempertahankan kedudukan anaknya dalam politik dan juga kekayaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Bandar Laguna Merbok, malam tadi.
Saifuddin berkata, Mahathir cemas jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, segala penyelewengan dan kekayaan keluarganya akan didedah.
“Mahathir takut kalau Pakatan perintah, semua kekayaan beliau dan anaknya menjadi agenda utama yang akan dibongkar.
“Ini yang amat ditakuti, bukannya hak Melayu, tetapi hak beliau sebagai Penasihat Petronas dan anaknya yang mendapat kontrak syarikat berkenaan,” kata Saifuddin yang akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu.
Hadir sama, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden, N Surendran; Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin; Exco Kedah, Ir Amirddun Hamzah dan pimpinan Pakatan Negeri. – NS

Tiada ulasan: