SPECIAL ADS

24 April 2013

Mat Taib : Umno Hilang Konsentrasi

 'Umno sudah hilang konsentrasi'
SHAH ALAM 24 Apr :  Umno disifatkan sudah hilang konsentrasi untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi kerana terlalu lama memegang tampuk pemerintahan.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Umno tidak dinafikan telah berjasa membawa kemajuan, tetapi sudah tiba masanya pemerintahan berubah untuk kerajaan yang lebih bermakna.

Menurutnya, kesatuan Pas bersama DAP dan PKR mampu memberi erti sebenar makna sebuah gabungan yang sekian lama diinginkan rakyat di negara ini.

“Umno bukan tiada jasa, tetapi sampai masanya dia macam dah tak boleh dah... dah hilang upaya, dah mula jadi kurang upaya.

“Barangkali dah lama sangat, dah letih, jadi konsentrasi di pelbagai tempat itu sudah tiada lagi,” katanya ketika Ceramah Perdana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) PR, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, kelmarin.

Beliau berkata, Pas sebuah parti yang mempunyai perancangan dengan meletakkan tokoh-tokoh tertentu khususnya di Shah Alam, Putrajaya, Pulau Pinang dan beberapa bandar lain seluruh negara.

Pernah berkhidmat 11 tahun sebagai Menteri Besar, Muhammad berkata, kini sudah tiba masanya beliau membantu PR untuk membentuk sebuah kerajaan yang mampu membawa perubahan secara menyeluruh.

Khususnya di Selangor katanya, Bandaraya Shah Alam memerlukan perubahan kerana disifatkan seperti tidak lagi mempunyai jiwa dan sama seperti bandar - bandar lain.

“Selangor sudah dibangunkan dan Shah Alam berjaya diwujudkan sebagai bandar Melayu dahulu akan tetapi, lama kelamaan ia kelihatan tiada isinya.

“Objektif nak bangunkan Shah Alam sebagai pusat membudayakan Melayu dan Islam masih belum kesampaian dan saya percaya Pas bersama komponen PR lain mampu merealisasikannya dengan kredibiliti yang dapat dilihat sekarang ini,” katanya.

Tiada ulasan: