SPECIAL ADS

7 April 2013

MB Selangor : Manifesto BN Sangat Lemah dan Kurang Kajian


MB PC Mic Tie Blue 01
BESTARI JAYA, 7 APRIL : Manifesto BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sangat lemah dan tidak berkualiti.
Demikian reaksi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengulas manifesto BN yang diumumkan malam tadi.
“Saya dapati kualiti kajian manifesto BN sangat lemah, ini kerana kualiti kajian mereka tidak merangkumi apa yang dipanggil perkara-perkara ‘makro’ yang akan mengubah bentuk ekonomi negara.
“Saya rasa, ini adalah sebabnya Kerajaan Najib tidak menggunakan kepakaran yang sedia ada dalam penjawat awam,” katanya.
Katanya, kerajaan Najib tidak menggunakan khidmat Unit Perancang Ekonomi, Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam ekonomi negara.
“Saya pernah bekerja dengan rakan-rakan di Unit Perancang Ekonomi Malaysia, saya dapati kualiti kajian mereka sebelum PM membuat usul ini sudah diadakan apa yang dipanggil kajian kesesuaian dan cara perlaksanaan.
“Nampaknya Umno-BN manifestonya ‘ad hoc’ (tergesa-gesa),” jelasnya lagi.
Menurut Abdul Khalid lagi, untuk tidak bersikap berat sebelah, beliau tidak mahu membandingkan manifesto BN dengan Pakatan Rakyat tetapi ia boleh dibandingkan dengan manifesto yang dilakukan oleh Kerajaan Singapura.
“Kalau nak bandingkan, bandingkan manifesto Malaysia dan manifesto yang dilakukan di Singapura, dan daripada perbandingan yang saya lakukan malam tadi, kita kurang melakukan kajian,” ujarnya.

Tiada ulasan: