SPECIAL ADS

10 April 2013

MCA Berang Kepada UMNO


10 Apr : Peringkat akar umbi MCA di beberapa tempat di negara ini berang dengan langkah yang dilihat untuk "meminjamkan" beberapa kerusi kepada Umno dan parti komponen lain BN untuk ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.

Setakat ini, MCA mengesahkan ia akan menyerahkan kerusi DUN Tronoh di Perak kepada MIC tanpa sebarang syarat.

Lebih seminggu yang lalu, terdapat spekulasi bahawa MCA akan melepaskan empat lagi kerusi Parlimen - Gelang Patah dan Tebrau di Johor, Wangsa Maju di Kuala Lumpur dan Kuantan di Pahang.

Hujah untuk berbuat demikian ialah peluang Umno untuk menang adalah lebih besar di kerusi pengundi bercampur, dengan mendapatkan majoriti undi Melayu, yang akan sebaliknya tidak mengundi MCA.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang membisu sejak seminggu lalu berhubung dakwaan tersebut, telah menyemarakkan spekulasi dan keberangan akar umbi yang bimbang parti itu akan kehilangan kerusi terbabit untuk selama-lamanya.

NONEMenurut Sin Chew Daily, Ketua MCA bahagian Kuantan, Ti Lian Ker 
(kanan) berkata ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada masyarakat Cina tempatan kerana Kuantan merupakan kawasan Parlimen yang mempunyai peratusan tinggi pengundi Cina di pantai timur semenanjung.

"Kita memerlukan seorang wakil Cina sebagai suara kita dan wakil ini juga akan melindungi hak bukan Bumiputera," katanya.

Pertukaran kerusi Tebrau 'mustahil'

Walaupun beliau tidak bersetuju dengan kemungkinan tersebut, tetapi Ti berkata beliau akan menerima keputusan parti.

"Kami telah mengemukakan laporan kami dan menyuarakan apa yang patut diperkatakan. Kami akan serahkannya kepada parti. Tidak kira apa keputusan akhirnya, jika parti mahu meminjamkan kerusi kepada Umno, kita akan mematuhi keputusan pemimpin tersebut," katanya.

chua soi lek resign 020108 teng boon soonKetua MCA bahagian Tebrau yang juga ahli Parlimen Tebrau,Teng Boon Soon (kiri), yang telah mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusinya, percaya MCA mempunyai peluang yang baik untuk kekal bertanding di kerusi itu, yang dimenanginya dengan majoriti besar 14,658 undi pada 2008.

Teng memberitahu akhbar harian berbahasa Cina itu bahawa adalah mustahil bagi MCA untuk menukar kerusi tersebut dengan parti komponen yang lain kerana MCA bahagian Tebrau telah memupuk hubungan yang rapat dengan persatuan Cina tempatan.

Beliau berpendapat hanya kawasan-kawasan yang diminati DAP kerana jumlah pengundi Cina yang ramai seperti Gelang Patah, boleh ditukar dengan parti BN yang lain.

Menurut khabar angin, tegasnya, Gelang Patah akan diserahkan kepada Umno dan ditandingi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman, tetapi bahagian MCA di situ tidak fikir begitu dan mereka yakin akan menang.

Teoh: Saya telah bekerja keras

Teng juga menegaskan bahawa bahagiannya tidak akan menerima mana-mana 'calon payung terjun' atau mereka yang telah kalah dalam pilihan raya umum lepas.

NONEBerkemungkinan Teng merujuk kepada Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu (kanan), yang kalah pada 2008 dan dispekulasi akan dicalon di Tebrau selepas gagal meyakinkan pemimpin parti untuk mencalonkannya di Parlimen Kluang.

Timbalan menteri pengajian tinggi dan ahli Parlimen Kluang, Hou Kok Chung disebut-sebut akan mempertahankan kerusi tersebut.

NONEDi Gelang Patah, Jason Teoh, yang pada mulanya disebut-sebut sebagai calon MCA, dilaporkan berkata dalam satu ceramah pada hari 
Ahad bahawa beliau "kecewa" dengan spekulasi bahawa Abdul Ghani akan dicalonkan di situ.

Menurut pelbagai laporan akhbar, Teoh bertemu dengan Abdul Ghani pagi semalam tetapi beliau membisu tentang apa yang berlaku.

Di Wangsa Maju, MCA bahagian telah memberi kata dua kepada kepimpinan pusat parti itu, dan mengancam untuk memboikot kempen pilihan raya jika ketua bahagian itu, Yew Teong Look (bawah) tidak dicalonkan di situ.

Menghadapi tekanan dari pihak akar umbi, Chua akan memanggil mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat esok, demikian menurut laporan beberapa akhbar berbahasa Cina.

mca simpang renggam electorial 260508 yew teong lookSelain menyelesaikan isu 'meminjamkan' kerusi kepada parti komponen 
BN, China Press membuat spekulasi bahawa Chua akan meminta jawatankuasa pusat menyokong keputusannya untuk menggugurkan bekas Presiden parti itu, Datuk Seri Ong Tee Keat daripada mempertahankan Parlimen Pandan, selepas Chua gagal meyakinkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan Ong.

Bagaimanapun, Chua memberitahu akhbar China Pressmelalui mesej teks bahawa isu calon tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Menurut Chua, mesyuarat jawatankuasa pusat tidak pernah membincangkan mengenai calon.

Tiada ulasan: