SPECIAL ADS

7 April 2013

Melayu Johor terima DAP, sedar UMNO bohongi mereka

KLUANG,7 APR: Orang Melayu di Johor makin berani menyatakan sokongan secara terbuka kepada DAP serta menolak UMNO-BN kerana telah sedar bahawa perjuangan DAP terbukti untuk semua melangkaui batas kaum dan agama.

Ia dikukuhkan lagi dengan kegagalan kerajaan BN mengatasi beberapa masalah utama rakyat seperti kos sara hidup yang semakin tinggi, jenayah yang semakin meningkat dan bagi orang Melayu Johor, isu tanah menjadi masalah utama.

Ketua Biro Pakatan Rakyat DAPSY, Mazir Ibrahim berkata, fenomena penyertaan ramai orang Melayu kepada DAP telah membuahkan semangat baru untuk parti itu dan menyebabkan BN khususnya UMNO tertekan.
“Bila saya menyertai DAP dan pulang ke kampung, ramai teman-teman saya terkejut. Mereka kata orang Melayu patut masuk UMNO.
“Saya tanya balik mereka, apa berlaku pada ‘nasib’ saya dan kamu bila masuk UMNO? Sama saja. Sebenarnya, sama ada orang Melayu, orang India, orang Cina, nasib kita semua sama di bawah kerajaan BN, kita sudah lama kena tipu, tengok MCA, kerajaan pun dia boleh tipu dalam skandal PKFZ,” kata beliau.
Selain itu, beliau berkata pemerintahan BN sering menggunakan politik perkauman untuk melaga-lagakan rakyat bagi mendapat sokongan politik. Rakyat ditabur dengan fitnah terhadap oposisi dan macam-macam dakwaan.
“MCA tipu Cina, UMNO tipu Melayu, MIC tipu India, BN tipu rakyat Malaysia. Nasib kita sama dan sebab itu kali ini kita kena tukar kerajaan. Sekarang, semua pun tahu BN kaki bohong,” katanya disambut dengan sorakan hadirin dalam satu majlis di sini pada malam tadi.
Beliau menjelaskan bahawa setiap kali PRU, BN akan berjanji itu dan ini tetapi selepas menang, rakyat terus menderiat dan sengsara. Justeru, katanya, kali ini pun sama juga, janji BN hanyalah janji palsu.
Beliau berkata, perkara paling penting sekarang bagi rakyat adalah untuk menilai sejauh mana kemampuan kerajaan-kerajaan negeri PR yang telah dibuktikan malah mendapat pujian Ketua Audit Negara.
Membawakan contoh terbaik, Mazir merujuk kepada bagaimana kerajaan Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri dari RM630 juta dan kini berbaki RM30 juta. Bukan sekadar itu, kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan sistem tender terbuka yang terbukti mampu mengurangkan rasuah sehingga ke peringkat maksimum.
“PR terbukti mampu memerintah. Paling penting, kita bercakap soal dasar yang baik, kita juga perlukan pengurus yang baru kerana pengurus negara yang ada sekarang sudah tidak boleh pakai.

“Kita DAP dan PR berjuang untuk semua kaum dan agama. Kita duduk sama-sama, bincang dan kita buat manifesto yang mengangkat kepentingan negara dan seluruh rakyat,” kata beliau.

Sumber: Rocket Kini

Tiada ulasan: