Baru beberapa bulan yang lalu bersama hulu-balangnya termasuk anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin berhujjah di Dewan Rakyat bahawa amat tidak menasabah untuk menghapuskan ‘cukai eksais’ ini.
"Kita akan kehilangan RM7 bilion setahun dan negara akan bankrap!" kata Najib ketika itu.
Dengan tidak tahu malu dan muka selamba, pentadbiran Najib, melalui Ketua Pagawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif Malaysia (MAI) di bawah MITI telah mendedahkan bahawa kerajaan bersetuju menurunkan ‘eksais duti’ kereta.
Ia dibuat sebagaimana yang dianjurkan Manifesto Pakatan yakni berperingkat yakni sebanyak 20 peratus setahun untuk lima tahun.
"Dasar Automobil Nasional yang baru akan memuatkan polisi ini," dedah Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).
Katanya, dalam pada mengkritik semua program Pakatan sebagai membankrapkan negara, Najib dan kabinetnya sedar bahawa tawaran-tawaran Pakatan bukan sahaja mampu dilakukan atau ‘doable-feasible’ tetapi juga mempunyai perhitungan yang jauh dan mengambil kira impak kewangan dan pelbagai sisi pandang termasuk alam sekitar.
Program pembangunan vendor, menjadikan industri automobil lebih berdaya saing dengan kereta yang lebih efisien tenaga, penambahbaikan pengangkutan awam digarap seluruhnya secara holisitik.
Pakatan Rakyat sebelum ini mengemukakan manifesto yang mempunyai anggaran perbelanjaannya setiap satu dan aliran tunai termasuk sehingga menayangkan lebihan aliran tunai (free cash-flow) sesuatu tawaran.
Semada penghapusan tol, penurunan cukai eksais kereta, membiayai pendidikan percuma, menurunkan harga petrol dan diesel, tariff air dan elektrik, pembiayaan perumahan mampu milik, kesihatan, gaji minima dan program-program kebajikan terhadap petani, nelayan dan suri-rumah dan program perinits untuk lepasan sekolah yang tidak dapat ke pengajian tinggi telah dibuat kajian anggaran perbelanjaannya dan di mana datangnya sumber kewanganya, kata beliau.
Dr Dzulkefly meramalkan Najib akan menggunakan habis-habisa masa sisanya sebelum menjadi ‘lame-duck’ sebagai PM Caretaker yang tidak berkuasa untuk ciplak satu demi satu tawaran Manifesto Pakatan Rakyat.
Pendidikan percuma mungkin akan menjadi sasaran plagiarisme rakus Najib seterusnya, ramal anggota Parlimen Kuala Selangor itu.
"Najib boleh ciplak semua program Manifesto Pakatan Rakyat! Namun yang Najib tak boleh ciplak adalah menyediakan kepimpinan yang punya integriti," kata beliau.
Najib juga, katanya, tidak berupaya untuk menangani tata-kelola yang mengkayakan kroni dan suku-sakat dengan pelbagai kaedah monopoli dan oligopoli.
Bagi beliau, Najib tidak akan berjaya menangani rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketirisan dan kebocoran dalam system penghantaran (delivery system).
"Najib tidak boleh ciplak kejayaan Pakatan Rakyat sebab ia bersabit dengan kepemimpinan dan jati diri manusiawinya," tegas beliau.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Najib direhatkan dahulu untuk meyaksikan bagaimana Pakatan Rakyat memerintah sebentar untuk satu penggal paling tidaknya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan