SPECIAL ADS

6 April 2013

Najib, Menteri Kabinet Perlu Isytihar Harta Luar Negara


SHAH ALAM 7 APRIL : Kesemua menteri kerajaan sementara serta Pengerusi BN sendiri, Datuk Seri Najib Razak digesa tampil ke hadapan membuat pengisytiharan sekiranya mereka atau ahli keluarga mereka mempunyai syarikat luar pesisir.
Gesaan itu dibuat Lim Kit Siang dalam satu kenyataan media berikutan pendedahan yang dilaporkan portal Malaysiakini berhubung pemilikan syarikat luar pesisir yang antara lain dimiliki ahli politik Malaysia, kaum kerabat dan rakan kongsi mereka.
Antara yang dinamakan dalam laporan tersebut termasuklah anak lelaki bekas perdana menteri Mirzan Mahathir, Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Michael Chia, yang pernah dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
lim kit siang oren 01
“Hakikatnya, Najib sendiri telah berulang kali gagal dalam siri ujian bagi menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan beliau untuk meningkatkan akauntabiliti, ketelusan, integriti dan urus tadbir yang baik sebagai matlamat utama pentadbiran beliau,” jelas Kit Siang dalam kenyataannya.
Menurut laporan ekslusif Malaysiakini semalam, fail-fail yang diperoleh daripada Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) yang berpangkalan di Washington menunjukkan, seramai 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir di Singapura dan British Virgin Islands (BVI).
Senarai ICIJ itu terdiri daripada gabungan taikun yang disenaraikan Forbes, ahli parlimen, pesara politik, penjawat awam dan pasangannya, kerabat diraja, ahli perniagaan, kongsi gelap dan bekas ratu cantik.
Walaupun beberapa syarikat luar pesisir menjalankan urus niaga sah, yang lain mungkin antara RM871.4 bilion aliran keluar wang haram dalam tempoh 10 tahun, seperti dianggarkan oleh pemantau kewangan yang berpengkalan di Washington Global Financial Integrity (GFI).
Nong Chik dalam responnya kepada Malaysiakini memberitahu RZA International Corporation ditubuhkan bapanya, yang berumur 96 pada tahun ini, untuk pelaburan luar pesisir yang sah tanpa melibatkan sebarang aktiviti yang kabur, pengelakkan cukai mahupun tujuan sembunyikan urus niaga luar negara.

Tiada ulasan: