SPECIAL ADS

3 April 2013

Negara ditadbir kerajaan sementara


Wan Junaidi Tuanku Jaafar
KUALA LUMPUR  03 Apr : Selepas pembubaran Parlimen, Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara yang mentadbir urusan negara.

Menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kerajaan kini diterajui oleh kerajaan sementara.

Kerajaan sementara bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini.

Katanya amalan yang diterimapakai daripada sistem pentadbiran British itutelah diamalkan sejak merdeka lagi dan ia berjaya memberi kesan positif kepada negara.

"Kerajaan sedia ada akan terus berkhidmat. Kabinet masih mentadbir negara, yang tidak akan menjejaskan pentadbiran negara, dari segi ekonomi dan politik.
Semua menteri masih menjalankan tugas sebagai menteri," katanya kepada  Bernama.

Bagaimanapun, katanya, kuasa kerajaan sementara adalah terhad apabila ia hanya melibatkan tugasan harian sahaja tanpa melibatkan sebarang pembentukandasar atau  baru berikutan pembubaran Parlimen akan membabitkan pembubaran Dewan Rakyat.

"Fungsi untuk mentadbir negara masih sama, tetapi tidak sebagai ahli Dewan Rakyat apabila fungsi di dalam Parlimen tidak ada lagi, dan perundangan tidak boleh dibuat," katanya.
Wan Junaidi berkata Ketua Setiausaha Negara selaku ketua pelaksana dasarakan terus menjalankan tugas-tugas sebagai pegawai tertinggi perkhidmatan awam tanpa kuasa tambahan kerana demokrasi Parlimen hanya memberi kuasa tersebut kepada Badan Eksekutif sahaja.

Beliau berkata istilah kerajaan sementara tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ia merupakan kelaziman yang dilakukan di negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen.
 

Tiada ulasan: