SPECIAL ADS

8 April 2013

Rafizi: Subsidi RM6.8 Bilion Untuk Turunkan Harga Minyak Lebih Berbaloi Daripada Subsidi RM8 Bilion Untuk IPP


PETALING JAYA 8 APR: Subsidi RM 6.8 bilion bagi penurunan harga minyak sebanyak RM 0.50 sen yang dijanjikan Pakatan Rakat (PR) adalah lebih berbaloi berbanding subsidi RM 8 bilion yang diberikan Kerajaan Umno-BN kepada syarikat pembekal penjana bebas (IPP) yang dimiliki kroni.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, sehingga kini kerajaan menanggung subsidi tahunan sebanyak RM 35 bilion dan RM 8 bilion daripadanya diberikan kepada IPP.
Katanya, adalah lebih baik subsidi tersebut diberikan kepada rakyat untuk penurunan harga minyak kerana IPP telah membuktikan subsidi yang diberikan kerajaan tidak sampai kepada rakyat.
“IPP telah membuktikan subsidi itu tidak sampai kepada rakyat, kerana subsidi itu tersangkut.
“Jadi bezanya, PR tekad untuk berlawan dengan kroni-kroni, kita akan buat semula perjanjian yang sebelum ini tidak adil kepada rakyat, dan kita akan lawan mereka.
“Jika kita perlu duduk berbincang dengan mereka, kita buat. Jika kita perlu bawa mereka ke mahkamah, kita buat,” katanya dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR, hari ini.
Katanya, manifesto BN tidak menunjukkan sebarang usaha untuk menghapuskan rasuah dan monopoli syarikat kroni yang hanya membebankan rakyat.
“PR mencadangkan reformasi menyeluruh untuk menghapuskan monopoli yang akan menurunkan harga barang keperluan berbanding BN yang menawarkan RM 100 sebulan.”
Dalam manifestonya, Kerajaan Umno-BN menawarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebanyak RM 1,200 setahun untuk setiap keluarga atau bersamaan RM 100 sebulan.

Tiada ulasan: