KUALA LUMPUR 24 Apr : Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu dalam PRU13, kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
Justeru, ujarnya Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
Menurutnya, manifesto Barisan Nasional tidak menyentuh langsung mengenai AES.
“Walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Untuk menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri menerima atau tidak AES, beliau telah menjalankan beberapa semakan:
1. Mengenalpasti nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri
2. Mengenalpasti kereta yang didaftarkan di bawah nama Datin Seri Rosmah Mansor
3. Menyemak sama ada Datin Seri Rosmah Mansor membayar saman AES, bagi memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada pelaksanaan AES yang dibawa oleh Barisan Nasional
Hasil semakan itu membuahkan perkara-perkara berikut:
1. Nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor adalah 511210-05-5558. Identiti beliau itu disemak dengan daftar pengundi yang mengesahkan bahawa beliau mengundi di Pekan:
2. Semakan dengan sistem JPJ di MyEG menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan beliau.
3. Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak membayar 2 saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013, seperti paparan skrin yang berikut:
“Di negara-negara lain, perkara ini dilihat sebagai satu pertentangan prinsip (double standard) apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES, sedangkan beliau (Perdana Menteri) beria-ia mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat,” katanya.
Beliau mengambil contoh saman AES tertunggak Rosmah Mansor untuk memberi gambaran bagaimana Barisan Nasional mengamalkan double standarddengan menyatakan pelbagai propaganda kepada rakyat biasa untuk mempertahankan dasarnya yang tidak popular, tetapi di belakang membiarkan keluarga terdekat mereka bebas dari dasar tidak popular yang menekan rakyat itu.
“Saya menyeru supaya Najib Tun Razak menyatakan secara terbuka sama ada Barisan Nasional akan meneruskan pelaksanaan AES sekiranya masih menang dalam PRU13,” ujarnya yang bertanding di Parlimen Pandan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan