SPECIAL ADS

17 April 2013

Rosmah : Nafi Campur Tangan Politik?

KUALA LUMPUR 17 Apr : Isteri Perdana Menteri Datin Sri Rosmah Mansor seolah-olah seperti takut bayang-bayangnya sendiri apabila terus mengeluarkan kenyataan penafian campur tangan beliau dalam menentukan calon BN sejurus selepas semua nama calon diumumkan semalam.

"Menjelang PRU ini saya telah banyak difitnah dan ditohmah... inilah yang saya rasa sebagai isteri pemimpin negara dan perkara itu sememangnya tidak boleh dielakkan.

"Antara (tohmahan) yang saya dengar, ada pihak yang bercakap saya masuk campur dalam pemilihan calon...itu tidak benar kerana kalau saya masuk campur pasti saya tahu siapa yang dicalonkan atau digugurkan," kata Rosmah yang dipetik Sinar Harian Online.

Satu sumber Umno memberitahu Harakahdaily, Rosmah tidak boleh menyalahkan pihak pemerhati politik yang melihat calon-calon yang dikemukakan BN semalam mirip calon pilihan isteri perdana menteri itu.

“Ini gerenti bukan senarai calon yang disukai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini lebih mirip citarasa calon Kak Ros. 

"Boleh dikatakan Najib telah memilih calon-calon yang menepati citarasa isterinya. Sekarang di kalangan Umno sendiri dah tersebar ungkapan calon-calon ini ialah calon-calon Kak Ros,” kata sumber itu.

Beliau juga terkejut melihat orang yang paling tidak disenangi Mahathir, Khairy Jamaluddin tersenarai sebagai calon untuk Rembau dan ahli parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir 'dihalau' ke Dewan Undangan Negeri (Dun).

“Di mana ada Khairy, di situlah tanda kekalahan Mahathir. Selepas berusaha sekian lama, Mahathir masih gagal mencantas Khairy. Ada Khairy di dalam senarai bermaksud Mahathir dah tewas di tangan Kak Ros. 

"Kak Ros bukan suka sangat kat Khairy, tapi Khairy adalah tropi kemenangan bila berlawan dengan Mahathir. Dan Kak Ros nak send signal itu, dan pada masa yang sama terlalu gelabah dituduh sebagai dalang dalam pemilihan calon,” kata sumber Umno itu lagi.

Sumber itu juga memberitahu, kerjaya politik Mukhriz kini katanya sedang cuba ditamatkan oleh golongan tertentu.

“Jika tidak, mengapa bagi Ayer Hitam, kawasan kuat PAS dan bukan Kota Seputih,” soalnya.

“Saya dah bagitahu awal lagi winnable candidate ini tiada piawai. Winnable ialah mengikut kesukaan Kak Ros,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga bberkata Umno Shah Alam kini berasa malu apabila Timbalan Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin dicadangkan sebagai calon di sana.

“Mereka kata pencalonan Zulkifli sekarang dah jadi bahan jenaka di masjid-masjid negeri Selangor,” katanya.

Tiada ulasan: