SPECIAL ADS

14 April 2013

Salahuddin : Bekas MB Dari Utara Akan Menyertai Pas


KUALA LUMPUR  14 Apr : Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bekas menteri besar  itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.

"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

Tiada ulasan: