SPECIAL ADS

1 April 2013

Tata etika SPR: Lapor BN salah guna premis awam


KUALA LUMPUR 01 Apr : PAS Perak telah mengeluarkan arahan kepada semua Unit Peti Undi (UPU) PAS agar melaporkan penyalahgunaan premis awam seperti dewan orang ramai atau bilik gerakan yang menempatkan di antara 7,531 bilik gerakan pusat daerah mengundi (PDM) yang telah dibuka oleh Barisan Nasional (BN).

“Arahan ini dibuat kerana ianya bertentangan dengan kod Tataetika Pilihan Raya yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR),” kata Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar)dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

UPU juga, katanya diminta memantau pejabat penghulu dan pejabat ketua kampung yang menjadikan premis mereka untuk kegunaan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Beliau berkata, semua UPU perlu mendapatkan bukti bergambar di semua dewan orang ramai, balai raya, pejabat penghulu atau pejabat ketua kampung yang secara jelas menjadikan premis mereka sebagai Bilik Gerakan BN dengan menaikkan papan tanda dan logo BN.

“Semua gambar tersebut perlu diberikan kepada Bilik Gerakan PAS bagi tujuan membuktikan penyalahgunaan premis awam oleh BN,” ujarnya lagi.

Mneurutnya, walaupun jelas SPR telah mengeluarkan kod tataetikanya, namun BN dilihat sewenang-wenangnya melanggar agar semua premis awam dibebaskan daripada kegunaan mana-mana parti politik pada PRU13 nanti.

“Kami akan terus membantah penyalahgunaan tersebut dan mendesak agar SPR mengambil tindakan segera melarang dan melaporkan kepada pihak Polis kerana BN telah melakukan satu kesalahan yang jelas bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara.

“Ianya juga dilihat kedegilan BN dan kegagalan SPR bagi memastikan sistem pilihan raya berjalan secara adil dan bebas sepertimana yang diperjuangan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) selama ini,” katanya.

Katanya, kegagalan SPR untuk bertindak terhadap BN juga memperlihatkan ketidakmampuan mereka bagi menjalankan tugas dengan seadilnya dalam menghadapi PRU13 nanti.

Tiada ulasan: